• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Chin Hin Rancang Ambil Alih 65 Peratus Pegangan Dua Syarikat Pusat Data Pada Harga RM51.5 Juta

in Catalyst
A A
Chin Hin Rancang Ambil Alih 65 Peratus Pegangan Dua Syarikat Pusat Data Pada Harga RM51.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Chin Hin Group Bhd merancang untuk meneroka pasaran pusat data melalui cadangan pengambilalihan 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Critical System Specialist Sdn Bhd (CSS) dan CSS Engineering and Construction Sdn Bhd (CSE) dengan harga RM51.5 juta.

Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah itu berkata CSS dan CSE adalah perintis dalam bidang kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC)  pusat data di Malaysia.

Chin Hin dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih pegangan dalam CSS dan CSE dengan harga masing-masing pada RM41.2 juta dan RM10.3 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pelanggan CSS dan CSE termasuk beberapa nama besar dalam sektor kewangan, telekomunikasi, logistik, dan rantaian bekalan seperti Bank Negara Malaysia, Starhub, Macquarie, DHL, dan NTT Communications.

Pengarah Urusan Kumpulan Chiau Haw Choon berkata cadangan pengambilalihan itu akan menjadikan Chin Hin sebagai pemain utama dengan kelebihan pasaran yang ketara.

“Kami menjangkakan keuntungan ketara, disokong oleh nilai perolehan kontrak sedia ada CSS bernilai RM388 juta selepas urus niaga selesai. Dengan pengalaman CSS selama 21 tahun dalam EPCC, kami bersiap sedia untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat dalam sektor pusat data,” katanya.

Menurut Chiau, cadangan pengambilalihan itu mempunyai jaminan keuntungan kumulatif sebanyak RM12.39 juta bagi 2023 dan 2024, yang dijangka meningkatkan keuntungan, memperkukuh prestasi kewangan, dan memberikan nilai kepada pemegang saham.

Selepas pengambilalihan itu selesai, kumpulan akan memulakan projek pusat data berkapasiti 15 megawatt di Johor yang akan menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan bagi wilayah itu, kata Chin Hin.

Beliau berkata cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank serta dijangka selesai menjelang suku ketiga 2024.

— BERNAMA

Tags: Chin Hin GroupCSECSSpembinaanpengambilalihanpusat data
Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In