• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Serah Surat Pekeliling EGM Untuk Cadangan Pelupusan Kepada Bursa Malaysia

in Catalyst
A A
Tony Fernandes Tandatangani Kontrak Lanjutan 5 Tahun Sebagai CEO Capital A

Gambar: ARIF KARTONO/AFP VIA GETTY IMAGES

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Capital A Bhd telah menyerahkan surat pekeliling mesyuarat agung luar biasa (EGM) kepada Bursa Malaysia untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) kepada AirAsia X Bhd (AAX).

Kumpulan itu menyasarkan untuk menyelesaikan cadangan pelupusan berkenaan menjelang Disember, menandakan era baharu bagi kumpulan penerbangan baharu di bawah AAX serta perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital kumpulan Capital A.

“EGM untuk pemegang saham meluluskan cadangan pelupusan akan diadakan dalam masa 21 hari dari tarikh pekeliling dikeluarkan, pada tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu berkata langkah penting ini merupakan langkah utama untuk Capital A merealisasikan usahanya mengatur kedudukan kewangannya dan sebahagian daripada pelan strategik Capital A untuk menyelaraskan operasinya.

“Dari segi kewangan, berdasarkan kesan proforma pelupusan yang dicadangkan, dana pemegang saham Capital A akan bertukar kepada positif daripada negatif RM8.8 bilion pada 31 Disember 2023, pencapaian pertama untuk memperbaiki kedudukan kewangannya, membawa syarikat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17),” katanya.

Capital A telah disenaraikan di bawah kategori PN17 Bursa Malaysia bagi entiti bermasalah kewangan pada Januari 2022.

Selain itu, ia berkata bahawa syarikat itu telah mencapai kemajuan besar dalam usaha penjanaan ekuiti dan hutang yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Baki perniagaan milik Capital A akan terus menyumbang hasil positif kepada kumpulan,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata transformasi yang sedang berjalan bukan sahaja akan mentakrifkan semula landskap penerbangan tetapi memberikan nilai yang tiada tandingannya kepada para pemegang sahamnya yang akan menerima saham AAX selepas cadangan pelupusan itu selesai.

“Ini akan memastikan penyertaan berterusan mereka dan mendapat manfaat daripada prospek perniagaan penerbangan yang berpotensi serta memberikan kejelasan pelaburan yang lebih besar antara Capital A dan AAX, membolehkan pasaran modal dan pelabur melihat dengan lebih baik potensi dan prospek setiap entiti,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Capital AEGMTony Fernandes
Share285ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In