• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta

in Catalyst
A A
Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Anak syarikat Pekat Group Bhd, Pekat Teknologi Sdn Bhd (PTSB) bercadang untuk mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam Apex Power Industry Sdn Bhd menerusi pembelian 75,000 saham pada harga RM96 juta tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat tenaga solar itu memaklumkan PTSB telah memeterai perjanjian penjualan saham bersyarat dengan pemegang saham tunggal Apex Power, Low Khek Heng (juga dikenali sebagai Low Choon Huat) untuk cadangan pengambilalihan itu.

“Cadangan pengambilalihan itu memberi peluang kepada kumpulan untuk mengukuhkan penyertaannya dalam sektor peralatan pengagihan kuasa melalui pembelian kepentingan ekuiti 60 peratus dalam Apex Power.

“Selesai pengambilalihan, kumpulan akan mengembangkan rangkaian produk dan perkhidmatannya, menjana aliran hasil tambahan, dan meningkatkan nilai pemegang saham keseluruhan,” katanya.

Selain itu, Pekat berkata cadangan pengambilalihan turut mengupayakan kumpulan itu memanfaatkan prospek pertumbuhan industri peralatan pengagihan kuasa, yang sebahagian besarnya didorong oleh pembangunan infrastruktur.

Ia berkata perjanjian itu termasuk jaminan keuntungan agregat sebanyak RM48 juta yang dijangka dicapai oleh Apex Power sepanjang tempoh perjanjian.

“Pengambilalihan itu dijangka meningkatkan keuntungan Pekat dengan menyatukan keuntungan selepas cukai Apex Power, sekali gus mengukuhkan prestasi kewangannya,” katanya.

Pekat juga berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti utama sedia ada untuk memasukkan segmen peralatan pengagihan kuasa selepas pengambilalihan itu.

Syarikat menjangkakan segmen baharu ini akan menyediakan aliran hasil tambahan, memberi kesan positif kepada pendapatan kumpulan.

“Cadangan kepelbagaian itu akan meluaskan asas pendapatan kumpulan dan mengurangkan risiko perniagaan yang berkaitan dengan pergantungan pada operasi sedia ada,” katanya.

— BERNAMA

TAG: Pekat, PTSB, Apex Power, saham, tenaga solar 

Tags: Apex PowerPekatPTSBsaham
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In