• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eco World Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada Suku Ketiga 2020

in Catalyst
A A
Eco World Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada Suku Ketiga 2020

Sumber Gambar : Nikkei Asian

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Julai, 2020 susut kepada RM13.81 juta daripada RM68.71 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot kepada RM477.87 juta daripada RM521.37 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti tapak yang terhenti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada suku kedua dan ketiga tahun ini, kata EcoWorld Malaysia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

EcoWorld Malaysia berkata projek utama yang menyumbang kepada perolehan dan keuntungan kasar pada suku ketiga 2020 adalah Eco Majestic, Eco Forest, dan Eco Sanctuary di Lembah Klang.

Pelbagai projek di Johor dan Pulau Pinang turut menyumbang kepada pendapatan dan keuntungan kasar syarikat itu dalam tempoh yang sama, katanya.

“PKP diikuti oleh PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang berpanjangan memberi kesan kepada kumpulan pada suku ketiga 2020. Kerja-kerja pembinaan telah disambung sepenuhnya hanya pada pertengahan bulan Jun lepas kerana protokol keselamatan tambahan yang harus dilaksanakan sebelum ia dapat dimulakan semula,” katanya.

EcoWorld Malaysia mencapai jualan sebanyak RM1.25 bilion dalam tempoh empat bulan selepas PKP.

Kumpulan itu berkata prospek pendapatannya untuk tahun kewangan semasa akan lebih rendah daripada tahun kewangan sebelumnya.

Daripada segi jualan, EcoWorld Malaysia berjaya mencatat RM960 juta pada suku ketiga 2020 dengan RM287 juta lagi telah diperoleh pada Ogos 2020.

Setakat 31 Ogos, 2020, kumpulan itu mencapai jualan sebanyak RM1.58 bilion, mewakili 79 peratus daripada sasaran njualannya yang disemak semula sebanyak RM2 bilion untuk tahun kewangan 2020.

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In