• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

YXPM Dapat Kelulusan SC Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama

in Catalyst
A A
YXPM Dapat Kelulusan SC Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — YX Precious Metals Bhd (YXPM) mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Securities.

Dalam kenyataannya hari ini, YXPM menyifatkan langkah itu sebagai pencapaian penting yang mencerminkan prestasi kewangannya yang kukuh, komitmen terhadap pertumbuhan selain sokongan daripada pemegang saham dan pihak berkepentingan.

“Pemindahan penyenaraian ke Pasaran Utama ini juga sejajar dengan strategi YXPM untuk meningkatkan profil dan menarik pelabur secara lebih meluas,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kumpulan itu berkata sejak penyenaraiannya di Pasaran ACE, YXPM juga mencatat pertumbuhan secara konsisten dan berupaya mengukuhkan kedudukan pasarannya.

Sehubungan itu, peralihan ke Pasaran Utama akan membolehkan kumpulan meraih kebolehlihatan dan pengiktirafan selain membantu dari segi akses terhadap peluang pertumbuhan baharu.

Pengarah Urusan YXPM Ng Sheau Chyn berkata penyenaraian di Pasaran Utama itu turut menjadi bukti usaha gigih pasukan serta komitmen dalam memberi nilai kepada pihak berkepentingan.

“Kami berharap dapat memanfaatkan peluang baharu dan memacu strategi pertumbuhan,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2023, kumpulan itu mencatat keuntungan bersih sebanyak RM9.0 juta manakala perolehan hasil sebanyak RM239.8 juta.

Pada akhir dagangan hari ini, sahamnya tidak berubah pada 26.5 sen dengan 628,000 saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiapasaran ACEPasaran UtamaYXPM
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In