• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eversendai, Emirates Steel Bentuk Kerjasama Strategik Untuk Projek NEOM, Arab Saudi

in Catalyst
A A
Eversendai Peroleh Projek RM5.4 Bilion Secara Kolektif Di Tiga Negara
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Eversendai Corporation Bhd bekerjasama dengan Emirates Steel, bagi membangunkan projek NEOM Trojena Ski Village, iaitu sebahagian daripada projek mega NEOM, di Arab Saudi.

Emirates Steel merupakan syarikat di bawah Emirates Steel Arkan Group, di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Timbalan Pengarah Urusan kumpulan Eversendai Narishnath Nathan berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Emirates Steel dalam projek NEOM Trojena Ski Village, sebuah projek mercu tanda,  yang akan mempamerkan keupayaan syarikat itu sebagai pemain pembinaan keluli bertaraf dunia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kerjasama ini akan menyerlahkan komitmen kami melepasi sempadan kejuruteraan dan pembinaan.

“NEOM Trojena Ski Village pula bersedia menjadi destinasi global utama, menawarkan pengalaman rekreasi yang tiada tandingan di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Emirates Steel akan membekalkan rasuk keluli premium untuk pembinaan Ski Village berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Steel Saeed Alghafri berkata beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan Eversendai dalam projek NEOM, projek berprofil tinggi di Arab Saudi itu.

“Emirates Steel komited untuk membekalkan penyelesaian keluli mampan penanda aras yang memenuhi permintaan ketat projek pembinaan inovatif.

“Kerjasama ini menunjukkan matlamat kami untuk memacu pertumbuhan yang mampan di seluruh Majlis Kerjasama Teluk dan menyampaikan nilai kepada rakan kongsi dan pemegang kepentingan kami,” kata Saeed.

— BERNAMA

Tags: Emirates SteelEversendaikerjasamaprojek NEOM Trojena
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In