• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Gamuda Dapat Projek Di Australia Bernilai AU$1.6 Bilion

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

Gambar: Gamuda

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd (Gamuda) mendapat kontrak bernilai AU$1.6 bilion (RM5 bilion) melibatkan teknologi isyarat berkapasiti tinggi untuk rangkaian kereta api pinggir bandar Perth (projek isyarat berkapasiti tinggi METRONET).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata kontrak itu telah dianugerahkan oleh Public Transport Authority of Western Australia kepada anak syarikat milik penuhnya di Australia, DT Infrastructure Pty Ltd dan ALSTOM Transport Australia Pty Ltd.

Ia melibatkan reka bentuk, pembekalan, pemasangan, ujian, pengoperasian dan penyelenggaraan Kawalan Kereta Api berasaskan Komunikasi Urbalis di rangkaian kereta api pinggir bandar Perth serta menaik taraf sistem isyarat dan kawalan sedia ada kepada sistem kawalan kereta api berasaskan komunikasi bersepadu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak selama 10 tahun itu dijangka dapat menjana pendapatan kira-kira AU$737 juta (RM2.3 bilion) untuk Gamuda.

“Projek Isyarat Berkapasiti Tinggi METRONET dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatan kumpulan Gamuda untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025,” katanya.

Projek itu akan memodenkan sistem isyarat kereta api di Perth, meningkatkan kapasiti rangkaiannya sebanyak 40 peratus dan kecekapan tenaga, memastikan keselamatan siber dan menjamin sistem itu bersedia untuk pertumbuhan masa depan, semua ini dengan gangguan minimum kepada penumpang.

— BERNAMA

Tags: Gamudaprojek isyarat berkapasiti tinggi METRONETrangkaian kereta api pinggir bandar Perth
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In