• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Lepasi Paras 1,600 Mata Susulan Belian Semasa Harga Murah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah dalam kebanyakan saham bermodal sederhana dan kecil susulan prestasi kukuh semalaman di Wall Street.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.24 mata kepada 1,601.44 daripada 1,598.20 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.38 mata lebih kukuh kepada 1,598.58.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 342 berbanding 201, dengan 326 kaunter tidak berubah, 1,520 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 466.84 juta unit bernilai RM265.55 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata jumlah dagangan harian di bursa tempatan susut kepada di bawah ambang empat bilion unit namun keadaan itu dijangka bertambah baik dalam tempoh terdekat untuk mengekalkan aliran meningkat baru-baru ini.

“Kami menjangkakan indeks berada dalam aliran berjulat 1,600 hingga 1,610 hari ini susulan penilaian yang kekal munasabah terhadap kalangan saham mewah.

“Sementara itu, harga minyak mentah tinggi kebanyakannya dengan minyak mentah Brent ditutup pada US$87 setong berikutan peningkatan ketegangan geopolitik dan permintaan yang bertambah baik,” katanya kepada Bernama.

Malacca Securities pula menjelaskan pelabur akan memantau kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell lewat hari ini, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed pada Rabu serta data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

“Buat masa ini, Fed mengunjurkan satu penurunan kadar faedah pada 2024,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Saham wajaran tinggi Bursa, Maybank naik tiga sen kepada RM10, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.04 dan CIMB menokok lima sen kepada RM6.88.

Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM13.96 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.30.

Antara kaunter paling aktif, UUE Holdings yang baru disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 42 sen kepada 66 sen, Omesti naik tiga sen kepada 17.5 sen  manakala SNS Network dan Agmo masing-masing menokok setengah sen kepada 84.5 sen dan 72.5 sen, serta JCY kekal pada 79 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.16 mata kepada 12,307.61, Indeks FBMT 100 naik 24.52 mata kepada 11,882.87 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.41 mata kepada 12,646.40.

Indeks FBM 70 menambah 38.89 mata kepada 17,972.47 dan Indeks FBM ACE menokok 9.73 mata kepada 5,868.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.71 mata kepada 17,534.22 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.60 mata kepada 197.39.

Indeks Tenaga naik 3.89 mata kepada 974.54 dan Indeks Perladangan meningkat 19.46 mata kepada 7,030.82.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In