KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menerusi kenyataan, Bursa Malaysia Securities menjelaskan, FSBM Holdings Bhd akan ditarik balik daripada dikelaskan sebagai syarikat PN17 berkuat kuasa pukul 9 pagi, Jumaat 21 Jun, 2024. Syarikat tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria yang ditetapkan di bawah PN17, syarikat juga telah mematuhi kriteria untuk penepian dan penarikan balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.
Bursa Malaysia Securities menekankan bahawa pihaknya akan terus memantau kemajuan syarikat PN17 dan Nota Panduan 3 (GN3) berhubung pematuhan mereka terhadap Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama dan Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran ACE oleh bursa.




