• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Positif Selepas Permintaan Sarung Tangan Global Melonjak Semula

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Top Glove Susut Kepada RM185.72 Juta

Sumber : The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd dijangka akan mengatasi margin keuntungan pra-pandemi sebanyak 15 peratus menjelang 2026, berikutan peningkatan semula permintaan sarung tangan getah global selain sebahagiannya berkait dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan tarif import bagi sarung tangan buatan China.

Pengarah Urusan Top Glove Lim Cheong Guan berkata firma itu telah membuka semula kilang yang ditutup buat sementara waktu yang sebelum ini dihentikan akibat kebanjiran sarung tangan getah, serta mengaktifkan kembali barisan pengeluaran tambahan yang telah dihentikan sebelum ini.

“Permintaan pasaran telah wujud semula dan dengan sudut yang lebih meluas, permintaan sarung tangan getah semakin melonjak serta kami berada pada kedudukan terbaik bagi membekalkannya. Sekarang ini, kami mengeluarkan 95 bilion keping sarung tangan setahun, dengan kapasiti semasa pada paras 63 bilion keping.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami menerima tambahan tempahan dua bilion setiap bulan sambil menikmati kenaikan 20 peratus hingga 25 peratus dalam pertumbuhan jualan pada suku akan datang dan tambahan sasaran kapasiti 3 bilion keping menjelang penghujung 2024,” katanya semasa Taklimat Keputusan Top Glove : Suku Ketiga Tahun Kewangan 2024 hari ini.

Mengulas lanjut, Lim berkata bagi kemudahan di Thailand serta Malaysia, penggunaan fasiliti adalah antara 50 peratus dan 55 peratus.

Presiden AS Joe Biden sebelum ini mengumumkan kenaikan ketara dalam tarif ke atas produk China yang turut merangkumi sarung tangan getah perubatan dan pembedahan.

Tarif import sarung tangan getah buatan China dijangka meningkat kepada 25 peratus menjelang 2026 berbanding 7.5 peratus sekarang.

Lim menegaskan jualan ke Amerika Utara berjumlah 15 peratus dan menokok sebanyak 20 peratus pada sembilan bulan tahun kewangan 2024.

Amerika Latin menyumbang 10 peratus kepada jualan, manakala Eropah Barat merekodkan 18 peratus. Bagaimanapun, bagi tempoh sembilan bulan, ia jatuh sebanyak 32 peratus.

Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata AS dijangka akan beralih daripada penyumberan luar ke China menjelang 2026 apabila tarif  tersebut dikuatkuasakan, dan Top Glove, sebagai pengeksport utama sarung tangan ke AS, berada pada kedudukan optimum untuk menguasai lebih banyak bahagian pasaran daripada potensi lencongan perdagangan ini.

“Tidak seperti kami, yang mempunyai opsyen menjual ke AS atau Eropah, peniaga China perlu melihat ke dalam pasaran Eropah atau pasaran lain. Pembeli (AS) akan membeli lebih banyak daripada pembuat sarung tangan Malaysia,” katanya.

Lim juga berkata tarif yang lebih tinggi akan memberi impak yang besar kepada pelan pengembangan pembuat sarung tangan China kerana majoriti daripada mereka telah mencapai kapasiti penuh.

“Terdapat peluang untuk mereka menubuhkan kilang sarung tangan di negara ASEAN, yang mana satu atau dua telah melakukannya, satu di Vietnam dan satu lagi di sini.

“Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pengembangan di dalam China, yang mana, saya percaya adalah lebih baik berbanding penubuhan kilang di luar China, yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun untuk membina kilang itu, ini tidak begitu kompetitif,” tambahnya lagi. 

Top Glove kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga tahun kewangan 2024 berakhir 31 Mei 2024, menyaksikan keuntungan bersih RM50.67 juta berbanding kerugian bersih RM130.59 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Pendapatan bagi suku tersebut juga meningkat 20 peratus kepada RM636.88 juta berbanding RM530.62 juta sebelumnya.

Prestasi kumpulan yang lebih teguh didorong terutamanya oleh permintaan sarung tangan yang lebih baik selepas pelanggan mengisi semula inventori sarung tangan mereka setelah menggunakan lebihan stok .

— BERNAMA

Tags: GetahtarifTop Glove
Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In