• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sapura Energy Nafi Babit Rasuah Dalam Urus Niaga Di Brazil

in Catalyst
A A
Sapura Energy Raih Kontrak Bernilai RM840 Juta

Sumber Gambar : FB Sapura Energy

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Sapura Energy Bhd dan kumpulan anak-anak syarikatnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit memberi sogokan atau rasuah bagi urus niaga di Brazil mahu pun di negara-negara lain.

Syarikat itu membuat kenyataan media tersebut sebagai maklum balas terhadap laporan siasatan di Brazil baru-baru ini yang membabitkannya dan Seadrill atas dakwaan rasuah berkaitan kontrak-kontrak  Petróleo Brasileiro SA (Petrobras). 

“Dalam siasatan awal pihak berkuasa Brazil pada 2016 dan 2017, syarikat ini telah bebas daripada sebarang dakwaan rasuah serta sogokan.

“Syarikat ini juga telah memberi kerjasama sebelum ini dan akan terus berbuat demikian bagi mana-mana siasatan atau dengan pihak berkuasa yang membabitkan (dakwaan) rasuah dan sogokan itu,” kata Sapura Energy dalam kenyataan semalam.

Malah, syarikat itu turut melaksanakan dasar tegas bagi memerangi perbuatan memberi sogokan dan rasuah serta mempunyai dasar dan prosedur dalaman bagi mengurangkan risiko itu.

Sejajar dengan proses serta amalan tadbir urusnya, Sapura Energy turut menyenaraikan klausa mengenai antirasuah dalam semua perjanjiannya dan ia akan terbatal jika terbukti wujud salah laku atau perbuatan berkaitan rasuah.

“Kami telah mengambil langkah segera dan pantas sebelum ini untuk membatalkan obligasi kontrak apabila perkara membabitkan sogokan atau rasuah dibangkitkan.

“Ini jelas membuktikan komitmen kami terhadap dasar tiada kompromi terhadap perbuatan sogokan dan rasuah,” katanya.

Dalam satu kenyataan, pihak pendakwa Persekutuan Brazil berkata mereka telah menjalankan sebanyak 25 pemeriksaan yang bertumpu di Rio de Janeiro serta Sao Paulo dan menyifatkan operasi tersebut bagi mendalami siasatan berkaitan tiga kontrak bernilai US$2.7 bilion yang dimeterai oleh Sapura dan firma minyak nasional, Petrobras pada 2011.

Pihak pendakwa turut memperincikan satu skim yang mana usaha sama membabitkan Sapura Energy dan Seadrill di Brazil didakwa memberi sogokan bernilai 1.5 peratus daripada kontrak yang diraih bersama Petrobras.

— BERNAMA

Share413ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In