• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Jangkaan Positif Data Eksport China

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, dipacu oleh data eksport China yang dianggarkan positif, yang akan diumumkan hari ini, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.96 mata kepada 1,619.69 daripada 1,614.73 semasa ditutup semalam.

Indeks pertunjuk pasaran dibuka meningkat 1.24 kepada 1,615.97

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 312 berbanding 159, dengan 318 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 312.50 juta saham bernilai RM174.85 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran Asia, termasuk Malaysia, didagangkan lebih tinggi hari ini, didorong oleh data eksport China, yang dijangka dikeluarkan hari ini.

“Anggaran awal menunjukkan eksport China mungkin akan meningkat pada Mei apabila permintaan luar semakin kukuh. Kami menjangkakan eksport yang lebih pantas akan meraih daya tarikan untuk menyokong pemulihan yang diteraju oleh pembuatan.

“Prospek positif terhadap pertumbuhan eksport China boleh meningkatkan keyakinan pelabur di pasaran Asia, termasuk Bursa Malaysia, memandangkan eksport yang lebih kukuh menunjukkan aktiviti ekonomi yang mantap di rantau ini, yang berpotensi memanfaatkan syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembuatan dan perdagangan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menokok 1.0 sen sen kepada RM9.99 dan RM4.14, Tenaga Nasional melonjak 16.0 sen kepada RM13.86, dan IHH Healthcare menambah 2.0 sen kepada RM6.26.

Sementara itu, CIMB berkurangan 1.0 sen kepada RM6.94.

Bagi saham aktif, Jati Tinggi Group menambah 6.0 sen kepada 41.5 sen, dan Datasonic Group dan Kinergy Advancement masing-masing menokok setengah sen kepada 55.5 sen dan 36.5 sen, dan Powerwell Holdings tidak berubah pada 51 sen. JCY International berkurangan setengah sen kepada 61.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 40.01 mata kepada 12,343.70, Indeks FBMT 100 menambah 38.44 mata kepada 11,934.21, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 53.47 mata kepada 12,629.65.

Indeks FBM 70 meningkat 64.62 mata kepada 17,705.47, dan Indeks FBM ACE naik 0.33 mata kepada 5,500.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 19.53 mata kepada 17,656.96, Indeks Penjagaan Kesihatan meningkat 21.38 mata kepada 2,150.13, dan Indeks Perladangan naik 7.21 mata kepada 7,120.07.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.35 mata kepada 196.89.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaChinaMohd Sedek JantanWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In