• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.62 mata kepada 1,615.15 daripada 1,608.53 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 3.29 mata kepada 1,611.82.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 316 berbanding 124, dengan 353 kaunter tidak berubah, 1,575 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 251.16 juta saham bernilai RM186.07 juta.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI dibuka lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau selepas S&P 500 mencecah rekod ke-25 malam tadi.

“Pergerakan pasaran dipengaruhi oleh sentimen pelabur berhubung potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

“Sentimen ini timbul selepas Laporan Pekerjaan Kebangsaan ADP AS menunjukkan bahawa majikan swasta menambah 152,000 pekerjaan pada Mei, turun daripada 188,000 pada April dan kira-kira 23,000 lebih rendah daripada jangkaan penganalisis,” katanya kepada Bernama.

Akibatnya, beliau berkata perhatian beralih kepada laporan gaji bukan ladang (NFP) bulai Mei pada Jumaat.

“Pelabur percaya bahawa petunjuk kelemahan selanjutnya dalam pasaran buruh, digabungkan dengan penurunan inflasi, mungkin memberikan Rizab Persekutuan (Fed) keyakinan mencukupi untuk mengurangkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh empat tahun,” katanya.

“Di peringkat tempatan, kami tidak menjangkakan aktiviti pengambilan untung berterusan hari ini kerana pelabur mungkin mencari peluang untuk membeli saham mewah selepas kemerosotan pasaran semalam.

“Secara teknikalnya, kami menjangkakan FBM KLCI bergerak antara 1,600 dan 1,620 mata hari ini, dengan paras sokongan pada 1,575 mata,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM10.00, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.14, Tenaga Nasional melonjak 32.0 sen kepada RM13.58, CIMB Group menambah 1.0 sen kepada RM6.90 dan IHH Healthcare menokok 3.0 sen kepada RM6.21.

Daripada saham aktif, JCY International meningkat 2.5 sen kepada 64 sen dan Kawan Renergy naik 5.0 sen kepada 69.5 sen manakala Dagang NeXchange, Velesto Energy dan XOX masing-masing tidak berubah pada 48 sen, 26 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 49.44 mata kepada 12,289.42, Indeks FBMT 100 naik 45.73 mata kepada 11,889.54, Indeks FBM Emas Shariah menambah 63.24 mata kepada 12,550.66, Indeks FBM 70 menokok 55.42 mata kepada 17,593.56 dan Indeks FBM ACE naik 17.34 mata kepada 5,484.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 41.90 mata kepada 17,633.07, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.36 mata kepada 196.93, Indeks Tenaga meningkat 3.21 mata kepada 955.53, Indeks Perladangan meningkat 6.96 mata kepada 7,144.08, manakala Indeks Pembinaan merosot 0.54 kepada 246.00.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In