• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama 2024 Telekom Malaysia Meningkat Kepada RM424.81 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM1.87 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat sebanyak 28.7 peratus kepada RM424.81 juta daripada RM330.10 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2023.

Hasil naik 1.8 peratus kepada RM2.84 bilion daripada  RM2.79 bilion sebelumnya, didorong oleh prestasi mantap TM Global dan pertumbuhan asas pelanggan Unifi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam kenyataan, TM berkata Unifi mengekalkan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten, dengan pelanggan jalur lebar tetap meningkat 1.8 peratus kepada 3.13 juta, didorong oleh gabungan strategi pemasaran, jualan yang agresif dan program pengekalan pelanggan.

TM Global menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 12.1 peratus tahun ke tahun kepada RM742.8 juta pada suku pertama 2024, didorong oleh permintaan untuk data domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Amar Huzaimi Md Deris berkata persekitaran operasi kekal mencabar tahun ini, disebabkan peningkatan persaingan dan dinamik pasaran yang berkembang.

Namun begitu, beliau berkata kumpulan itu menunjukkan trajektori pertumbuhan yang positif pada suku pertama 2024, dapat dilihat menerusi peningkatan hasil, keuntungan lebih baik dan pertumbuhan yang stabil dalam pelanggan jalur lebar tetapnya, sekali gus mengesahkan kedudukan kukuhnya dalam pasaran.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata kumpulan itu mengekalkan prospek positif bagi tahun semasa, sambil menyatakan bahawa untuk mengekalkan momentum positif TM, kumpulan itu akan terus meningkatkan penawaran penumpuan runcit dan penyelesaian nilai tambahnya dalam memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Ia juga akan memfokuskan usaha pemodenan infrastruktur data dan rangkaiannya, serta mempertingkat tawaran berkaitan perniagaannya untuk memenuhi keperluan digital semasa dan masa hadapan.

“Sebagai sebahagian daripada perjalanan transformatif kami ke arah menjadi kuasa digital menjelang 2030, keutamaan kami dalam beberapa tahun akan datang termasuk mengembangkan perniagaan teras kami, meningkatkan jangkauan ketersambungan melalui Kecerdasan Buatan dan meneroka pertumbuhan perniagaan baharu untuk memenuhi permintaan masa hadapan.

“Selain itu, kami akan terus mengoptimumkan kos dan meningkatkan keuntungan untuk memastikan pulangan yang lebih baik kepada pemegang saham kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: keputusan suku pertama 2024Telekom MalaysiaUnifi
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In