• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Corp Catat Keuntungan Bersih RM38.66 Juta Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Malakoff Melonjak 101 Peratus Kepada RM104.96 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Prestasi suku pertama Malakoff Corporation Bhd bagi tempoh berakhir 31 Mac 2024 mencatatkan keuntungan bersih RM38.66 juta berbanding kerugian bersih RM99.09 juta ringgit pada suku pertama 2023.

Perolehan lebih rendah sebanyak 0.2 peratus kepada RM2.28 bilion berbanding RM2.29 bilion pada suku yang sama tahun lepas, kebanyakannya disebabkan oleh pembayaran tenaga lebih rendah direkodkan daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE) seiring dengan penurunan harga arang batu.

“Bagaimanapun, sebahagiannya diselaraskan oleh pembayaran tenaga lebih tinggi direkodkan daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd memandangkan faktor penghantaran yang lebih tinggi,” kata Malakoff dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM119.78 juta pada suku semasa, peningkatan sebanyak RM204.22 juta daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM84.44 juta yang dilaporkan pada suku yang sama berakhir 31 Mac 2023.

“Kebanyakannya disebabkan oleh sumbangan lebih baik daripada loji TBP dan TBE, memandangkan kos purata wajaran arang batu yang lebih rendah berikutan penstabilan harga arang batu global ditambah dengan kos kewangan lebih rendah,” katanya.

Mengenai prospek semasa, Malakoff akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan menjalankan penyelenggaraan pencegahan secara berkala untuk memastikan kebolehpercayaan dan kestabilan loji kuasanya.

TBP mengalami gangguan berjadual selama 73 hari dalam tempoh dalam tinjauan sebagai sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata grid Semenanjung Malaysia mencecah paras tertinggi sebanyak 20,028 megawatt pada 29 April 2024 (seperti yang dilaporkan oleh pengendali sistem grid), menunjukkan peningkatan permintaan dan keperluan untuk penghantaran yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga.

“Usaha penyahkarbonan Malakoff sedang dijalankan dengan baik kerana projek pembakaran bersama biojisim TBP yang telah dikenal pasti sebagai projek pemangkin utama di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), ia merupakan kemajuan yang ketara,” katanya.

Menurut Malakoff, kerja-kerja pemasangan dan aktiviti pengujian dan pentauliahan sistem pembakaran bersama biojisim dua peratus telah selesai pada 8 Mac 2024, justeru pengoperasian penuh sistem itu bermula pada 1 April 2024.

“Nisbah pembakaran bersama biojisim akan meningkat secara beransur-ansur kepada tiga hingga lima peratus menjelang tahun depan, dengan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 15 peratus menjelang tahun 2027,” katanya.

Berdasarkan perkembangan sebelumnya, kumpulan menjangkakan prestasi keseluruhan akan kekal memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

— BERNAMA

Tags: 1Q 2024BiomassBursa MalaysiaMalakoff CorporationPower plantsResults
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In