• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Petronas Chemicals Meningkat 25.5 Peratus

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 meningkat 25.5 peratus kepada RM668 juta berbanding RM532 juta yang dicatatkan semasa suku pertama 2023.

Pendapatan untuk suku itu, bagaimanapun susut 0.8 peratus kepada RM7.50 bilion daripada RM7. 56 bilion sebelum ini, sebahagiannya diimbangi oleh kejatuhan ringgit berbanding dolar US.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata kumpulan itu teruja selepas menyaksikan pengembangan sejak dari suku sebelum ini, setelah menstabilkan kadar penggunaan loji dan jumlah pengeluarannya. 

“Portfolio dalam kepelbagaian produk kami telah mula menguntungkan syarikat kerana peningkatan dalam segmen olefin dan derivatif (O&D) telah membantu mengatasi penurunan harga purata produk dalam segmen baja dan metanol (F&M) kami.

“Segmen kepakaran kami telah bertambah baik dengan ketara berikutan volum jualan serta margin produk yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menekankan kepentingan mengoptimumkan kapasiti pengeluaran merentas semua segmen, dengan lima loji dalam segmen-segmen O&D serta F&M dijadualkan untuk pemulihan tahun ini.

“Pada suku pertama 2024, kami telah menyelesaikan proses pemulihan dalam Petronas Chemicals Fertilizer Kedah Sdn Bhd termasuk aktiviti penyelenggaraan di beberapa loji lain,” kata Mazuin.

Beliau ketika mengulas mengenai prospek pasaran menjelaskan kumpulan itu menjangkakan pergerakan harga produk akan bercampur-campur menjelang suku kedua 2024, dengan beberapa produk O&D seperti etilena serta aromatik menunjukkan peningkatan pada pengehadan bekalan manakala yang lain secara relatifnya tidak berubah.

“Permintaan urea telah menjadi sederhana disebabkan kepada kelewatan musim penanaman serantau berikutan cuaca panas, manakala metanol kekal lemah akibat kelemahan dalam permintaan hiliran.

“Sama juga, kami menjangkakan prospek yang berbeza untuk segmen kepakaran memandangkan sektor pembinaan terus bergelut dengan pertumbuhan infrastruktur yang lembap termasuk kadar faedah yang tinggi, manakala produk yang disasarkan kepada sektor automotif mungkin menyaksikan permintaan yang semakin baik,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Mazuin berkata kumpulan itu tetap berhati-hati dengan ketegangan geopolitik yang berterusan yang telah menyumbang kepada ketidaktentuan harga tenaga dan bahan mentah serta persekitaran makroekonomi yang tidak menentu.

Selain itu, beliau berkata PCG mengambil berat tentang potensi impak dalam kapasiti baharu yang memasuki pasaran, menyumbang kepada situasi lebihan bekalan yang berkemungkinan akan terus menjejaskan harga dan margin produk.

— BERNAMA

TAG: PCG, Ringgit, Pengeluaran

Tags: PCGPengeluaranringgit
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In