• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, melanjutkan kerugiannya semalam disebabkan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.83 mata kepada 1,612.99 daripada paras penutup 1,615.82 semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi rendah 1.11 mata kepada 1,614.71.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 159, dengan 313 kaunter tidak berubah, 1,725 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 255.54 juta saham bernilai RM118.80 juta.

Dalam satu nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI meneruskan penurunan berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam pasaran lebih luas.

Firma pembrokeran itu berlata Wall Street didagangkan bercampur-campur dengan Nasdaq mencecah paras 17,000 buat kali pertama, diterajui oleh kenaikan dalam Nvidia disebabkan pelabur kekal yakin memandangkan keputusannya lebih kukuh daripada jangkaan, didorong oleh permintaan untuk kecerdasan buatan generatif.

Minat belian mungkin mengalir ke arah saham di peringkat tempatan terutamanya saham berkaitan pusat data.

“Sehubungan itu, kami yakin kaunter sektor teknologi seperti pemain HDD, komponen perkakasan dan pengedar/pembekal teknologi awan akan menjadi pilihan.

“Selain itu, kami berpendapat sektor hartanah, pembinaan, bahan binaan dan utiliti mungkin mendapat manfaat di bawah pemangkin pusat data,” katanya.

Peniaga juga akan memantau peristiwa/data penting termasuk isu pengangguran AS, indeks perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS dan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kata firma broker itu.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM9.94, Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM13.18 dan CIMB menguncup dua sen kepada RM6.89 manakala Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.12 dan RM6.20.

Bagi kalangan saham cergas, penampilan sulung Kawan Renergy di Pasaran ACE menokok 16 sen kepada 46 sen, Revenue Group menambah 0.5 sen kepada 24 sen, Sealink International meningkat 2.5 sen, Pegasus Height tidak berubah pada 0.5 sen dan AHB Holdings merosot satu sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 19.18 mata kepada 12,291.83, Indeks FBMT 100 naik 19.16 mata kepada 11,891.54 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 14.59 mata kepada 12,554.98, Indeks FBM ACE jatuh 4.73 mata kepada 5,484.83 dan Indeks FBM 70 berkurangan 21.35 mata kepada 17,669.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.02 mata kepada 17,559.91, Indeks produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.10 mata kepada 195.62, Indeks Tenaga menambah 3.97 mata kepada 996.42 manakala Indeks Perladangan menokok 5.03 mata kepada 7,250.69.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In