• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Bhd Raih Kontrak RM1.74 Bilion Untuk Pusat Data Hiperskala SDP

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Paling Tinggi Sebanyak RM1.17 Bilion

Gambar: Gamuda

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Gamuda Bhd melalui unit milik penuhnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak yang digabungkan bernilai RM1.74 bilion untuk membangunkan pusat data hiperskala di Elmina Business Park milik Sime Darby Property Bhd (SDP).

Dalam satu kenyataan hari ini, Gamuda berkata projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu fasa pembinaan yang bernilai RM815 juta dan fasa mekanikal bernilai RM928.6 juta.

Bagi fasa pembinaan, ia berkata Gamuda Engineering akan bertanggungjawab untuk membina, menyiapkan, menguji dan mentauliahkan pusat data hiperskala dan kemudahan-kemudahan sampingan yang berkaitan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ia dijadualkan bermula pada 27 Mei, 2024, dengan tarikh siap yang disasarkan pada 27 Feb, 2026,” katanya.

Bagi fasa mekanikal, Gamuda berkata kontrak itu meliputi pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem mekanikal, elektrik dan paip di pusat data di Elmina Business Park 1A.

“Fasa ini dijangka bermula pada 1 Julai, 2025 dan selesai pada 9 Sept, 2026,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pembinaan pusat data, Gamuda merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran IBS (sistem bangunan berindustri) digital generasi seterusnya untuk material pusat data.

“Langkah strategik ini meletakkan Gamuda untuk memperoleh manfaat peluang yang besar,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: GamudaGamuda Engineeringpusat data hiperskalaSime Darby Property
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In