• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Batu Kawan Susut Kepada RM84.72 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Untung Bersih Batu Kawan Susut Kepada RM84.72 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd menyusut kepada RM84.72 juta bagi suku kedua berakhir 31 Mac, 2024 daripada RM120.05 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil turut berkurangan kepada RM5.66 bilion daripada RM6.31 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan sebelum cukai bagi suku semasa turun 20.6 peratus kepada RM271.37 juta berbanding RM341.95 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2023 disebabkan oleh hasil yang lebih rendah sebanyak RM5.66 bilion daripada RM6.31 bilion bagi tempoh yang sama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Keuntungan segmen pembuatan syarikat itu merosot sebanyak 64.3 peratus kepada RM78.35 juta daripada RM219.59 juta pada suku kedua 2023, disebabkan oleh penurunan hasil kepada RM4.58 bilion daripada RM5.31 bilion pada suku kedua 2023, berikutan sumbangan keuntungan yang lebih rendah bahagian oleokimia.

“Meskipun jumlah jualan kaustik yang lebih tinggi, keuntungan bahagian kimia industri turun 6.3 peratus kepada RM33.00 juta daripada RM35.10 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh harga jualan kaustik yang lebih rendah,” katanya.

Keuntungan segmen pembangunan hartanah kumpulan turut merosot 58.8 peratus kepada RM7.77 juta daripada RM18.86 juta pada suku kedua 2023 terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan keuntungan pembangunan daripada fasa yang memperoleh margin kasar yang lebih rendah.

Selain itu, segmen perladangan mencatatkan keuntungan 25.4 peratus lebih tinggi pada RM365.76 juta pada suku kedua 2024 daripada RM291.68 juta pada suku kedua 2023 terutamanya disebabkan oleh jumlah jualan minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan harga jualan isirung sawit yang direalisasikan.

Bagi segmen pegangan pelaburan/lain-lain, ia mengalami kerugian terjemahan pertukaran mata wang asing tidak direalisasi berjumlah RM22.23 juta, walaupun keuntungan RM31.61 juta dicatatkan pada suku kedua 2023 daripada pinjaman antara syarikat dalam mata wang asing dan bahagian kerugian ekuiti berjumlah RM87.24 juta daripada syarikat bersekutu luar negara, Synthomer PLC.

“Kerugian syarikat bahan kimia British itu disebabkan terutamanya oleh prestasinya yang lemah ditambah dengan caj bukan operasi yang ditanggung ke atas pelunasan barang tidak ketara yang diperoleh dan kos penstrukturan semula,” kata kumpulan itu.

Dalam makluman berasingan, Batu Kawan mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 20 sen sesaham, yang akan dibayar pada 1 Ogos 2024.

— BERNAMA

Tags: Batu Kawanhasilpembuatanperladanganuntung bersih
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In