• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

in Hebahan, Saham
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia memperkenalkan Peringatan Dagangan berkuat kuasa serta-merta, kaedah baharu yang memaklumkan mengenai syarikat tersenarai yang menunjukkkan aktiviti dagangan luar biasa.

Bursa Malaysia menjelaskan Peringatan Dagangan yang dikeluarkan itu adalah tambahan kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) oleh bursa sekali gus membawa kepada pendedahan awam daripada syarikat senaraian awam (PLC) yang mengalami pergerakan harga atau jumlah dagangan ketara yang tidak dapat dijelaskan.

“Bursa Malaysia telah meneliti situasi harga saham dan jumlah dagangan kekal tidak menentu secara ketara walaupun PLC telah memberi maklum balas bahawa tiada perkembangan baharu menerusi jawapan UMA mereka.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Justeru, Peringatan Dagangan bertujuan memberi peringatan kepada pelabur supaya berhati-hati dengan saham yang memaparkan pergerakan harga dan/atau jumlah dagangan luar biasa yang berterusan selepas maklum balas UMA syarikat tersenarai itu,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Bursa Malaysia menambah bahawa inisiatif itu melengkapkan pendekatan pelbagai serampang sedia ada terhadap peraturan pasaran.

Pihaknya juga mengekalkan pilihan untuk mengeluarkan Amaran Pasaran dan Penentuan, yang memberi amaran kepada pelabur mengenai saham yang terdedah kepada spekulasi atau manipulasi berlebihan.

Bursa mengulangi bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap broker yang tidak patuh yang mengganggu aturan pasaran.

— BERNAMA

Tags: aktiviti pasaran luar biasaBursa MalaysiaPeringatan DaganganUMA
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In