• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mengalami peningkatan semula untuk dibuka tinggi pada Khamis, didorong momentum belian berterusan walaupun prestasi di Wall Street bercampur-campur dalam tempoh semalaman, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.36 mata kepada 1,606.11 daripada 1,604.75 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.46 mata lebih tinggi kepada 1,606.21.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 187 berbanding 134, manakala 300 kaunter kekal tidak berubah, 1,707 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 209.58 juta unit bernilai RM90.07 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd FBM KLCI kekal dalam sentimen peningkatan walaupun menghadapi tekanan jualan semasa sesi petang pada Rabu.

Firma pembrokeran itu berpandangan bahawa pembetulan berjeda semalam sebagai sesuatu yang baik dan mungkin bertindak sebagai asas kukuh untuk aliran meningkat bursa tempatan yang berterusan.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar di antara 1,600 dengan 1,615 kerana kami yakin dana asing akan terus membeli saham wajaran tinggi tempatan,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.79, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM4.20 dan RM6.31, Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM12.38 manakala CIMB naik dua sen kepada RM6.76.

Bagi saham aktif, Ingenieur turun setengah sen pada 7.5 sen, Jiankun tidak berubah pada 17 sen, manakala Harvest Miracle dan Iconic masing-masing naik setengah sen kepada 12 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.22 mata kepada 12,117.06, Indeks FBMT 100 menambah 7.21 mata kepada 11,734.61 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 6.96 mata kepada 12,344.53.

Sementara itu, Indeks FBM 70 susut 0.65 mata kepada 17,005.24 dan Indeks FBM ACE menguncup 1.53 mata kepada 5,134.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 9.01 mata kepada 17,484.97, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 193.11, Indeks Perladangan menokok 13.28 mata kepada 7,514.14 dan Indeks Tenaga menambah 5.20 mata kepada 986.51.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In