IPO baru datang lagi dengan yang terbaharu adalah Kawan Renergy Berhad. Dengan harganya pada 30 sen seunit, adakah IPO ini mampu menarik minat pelabur awal?
Kepada anda yang sedang membaca, sebelum anda memohon IPO ini jom ketahui 10 maklumat penting mengenai Kawan Renergy Berhad.
Sumber: Bernama
- Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan
Sumber: Prospektus
Melalui anak syarikatnya, Kawan Renergy Berhad penyedia penyelesaian kejuruteraan secara khususnya terlibat dengan reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan peralatan proses industri, kilang pemprosesan serta tenaga boleh diperbaharui (RE) dan loji penjanaan bersama.
Selain itu, Kawan Renergy turut terlibat dengan penjanaan kuasa dan penjualan perniagaan elektrik.
- Tarikh-Tarikh Penting
Sumber: CGS eIPO
Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 30 sen seunit ini adalah bermula dari 29 April 2024 dan ditutup pada 14 Mei 2024. Rasanya masa yang panjang ini mencukupi bagi anda untuk membuat keputusan.
Tarikh cabut undi pula adalah 17 Mei 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 27 Mei 2024. Kawan Renergy bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 29 Mei 2024.
- Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Berdasarkan harga IPO dan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 550 juta saham, modal pasaran Kawan Renergy dijangkakan dinilai sebanyak RM165 juta.
IPO itu terdiri daripada terbitan awam 110 juta saham biasa baharu, mewakili 20 peratus daripada modal saham diperbesarkan dan tawaran untuk jualan sebanyak 34.5 juta saham sedia ada atau 6.3 peratus daripada modal saham diperbesarkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran saham persendirian.
Sumber: Prospektus
Daripada 110 juta saham baharu, sebanyak 27.5 juta saham untuk orang ramai melalui undian.
Sebanyak 19.25 juta saham diperuntukkan untuk pengarah dan pekerja yang layak serta mereka yang menyumbang kepada kumpulan manakala baki 63.25 juta saham untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
- Kegunaan Dana IPO
Sumber: Prospektus
Kawan Renergy merancang untuk mengumpul dana sebanyak RM33 juta daripada IPO ini. Pengarah Urusannya Lim Thou Lai berkata kumpulan itu berhasrat menggunakan hasil yang diraih untuk pembelian peralatan proses industri bagi memanfaatkan permintaan masa depan.
Sebanyak RM15 juta atau 45.5% daripada hasil dana IPO tersebut akan digunakan bagi modal kerja projek loji penjanaan bersama yang sedang berjalan dan masa hadapan. Baki akan digunakan untuk membeli jentera tambahan bernilai RM500,000 (1.5%), RM2.5 juta (7.6%) untuk meningkatkan pengeluaran output loji Bercham, loji jana kuasa biogas tapak pelupusan di Perak.
Sebanyak RM5 juta (15.1%) lagi akan dilaburkan untuk membina loji kuasa biojisim dua megawatt (MW) baharu bagi meningkatkan penjanaan kuasa dan jualan perniagaan elektriknya.
Baki daripada hasil IPO sebanyak RM10 juta atau 30.3% akan diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan membiayai perbelanjaan penyenaraian.
- Segmen Pendapatan
Sumber: Prospektus
Sepanjang tahun 2020 sehingga 2023, sebahagian besar pendapatan Kawan Renergy adalah daripada segmen reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan. Segmen lain seperti jana kuasa dan penjualan elektrik mula menyumbang kepada pendapatan Kumpulan syarikat bermula tahun 2022.
Namun, segmen tersebut hanya menyumbang sebanyak 0.2% dari keseluruhan pendapatan pada tahun 2023.
Segmen berdasarkan geografi.
Sumber: Prospektus
Malaysia masih menjadi pasaran utama bagi Kawan Renergy Berhad iaitu sekitar lebih dari 80% daripada keseluruhan pendapatan yang dijana. Syarikat ini juga mempunyai kehadiran di luar negara seperti Indonesia, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain. Walaubagaimanapun, pendapatan yang diperoleh dari luar negara kekal tidak melebihi 20%.
- Pendapatan Syarikat Terkini
Sumber: Prospektus
Pendapatan syarikat dilihat meningkat dengan sangat baik dari tahun 2020 ke 2022. Pada tahun 2023, pendapatan Kawan Renergy juga masih baik iaitu sebanyak RM98.38 juta.
Keuntungan bersih selepas cukai (PAT) Kawan Renergy menunjukkan peningkatan yang baik dari tahun ke tahun. Pada tahun 2020, margin PAT Kawan Renergy adalah sebanyak 9.1%, pada tahun 2021 dan 2022 pula sekitar 10%, dan akhirnya pada tahun 2023 melonjak setinggi 13.5%.
- Kelebihan Kawan Renergy Berhad
Antara penggerak utama untuk pertumbuhan masa hadapan Kawan Renergy Berhad adalah:
- Loji kuasa biojisim 2MW yang baru
- Penambahbaikan kepada loji kuasa biogas yang sedia ada
- Kebolehan untuk mendapatkan kontrak baru dari luar negara terutamanya Indonesia
- Penilaian Syarikat
Kawan Renergy Berhad memiliki nisbah PE sebanyak 12.4x. Syarikat tersenarai lain yang menjalankan perniagaan yang hampir sama adalah seperti berikut.
| No | Syarikat | Nilai Price to Earnings (PE) setakat 30.04.2024 |
| 1 | Wasco Berhad | 10.36x |
| 2 | BM Greentech Berhad | 20.62x |
| 3 | Seremban Engineering Berhad | 16.75x |
Sumber: Bursa Market Place
- Polisi Dividen Syarikat
Sumber: Prospektus
Syarikat tidak mempunyai polisi dividen yang formal dan sekiranya Kawan Renergy ingin membayar dividen di masa hadapan, ia akan bergantung kepada pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, syarikat telah membayar dividen pada tahun-tahun sebelumnya seperti di atas.
- Status Syariah
Sumber: Prospektus
IPO Kawan Renergy Berhad berstatus patuh syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kesimpulan
Sejak kebelakangan ini tema IPO kembali “hot” dengan kebanyakan IPO yang disenaraikan pada tahun ini didagangkan pada harga premium pada hari pertama dan ada yang kekal berada di atas harga IPO sehingga hari ini. Sudahkah anda memohon IPO Kawan Renergy Berhad?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)