• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi, Jejak Prestasi Positif Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia bergerak dalam aliran meningkat dalam sesi dagangan awal pada Isnin, menjejaki petunjuk positif Wall Street pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.21 mata pada 1,591.80.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter untung mendahului rugi iaitu 292 berbanding 128 manakala 301 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 282.43 juta unit bernilai RM109.91 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi selepas pengumuman data pekerjaan yang rendah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan persepsi peniaga untuk melihat tekanan inflasi lebih menyederhana yang boleh membawa kepada pelarasan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Di peringkat domestik, beliau berkata aliran peningkatan FBM KLCI terus ketara sejak pertengahan April susulan tindakan institusi tempatan dan dana asing membeli saham-saham mewah.

“Indeks petunjuk utama itu kini bergerak dalam julat paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu, malah dijangka terus menunjukkan trend lebih tinggi yang disokong oleh penilaian munasabah.

“Kami percaya kemampuan untuk bergerak daripada paras 1,600 adalah diperlukan kerana ini juga merupakan rintangan yang yang sukar untuk diatasi (pada masa ini),” katanya Bernama.

Beliau turut menjangkakan indeks berkenaan mungkin menyaksikan aliran dalam julat antara 1,590-1,600 pada hari ini.

Selain itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing meraih tiga sen kepada RM9.83 dan RM4.15, CIMB naik dua sen kepada RM6.67, Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM12.40 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.29.

Bagi saham aktif, Iconic dan Ingenieur masing-masing naik setengah sen kepada 11 sen dan 12 sen, SNS naik 2.5 sen kepada 42 sen manakala Berjaya Corp menambah satu sen kepada 29.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 38.18 mata kepada 12,008.29, Indeks FBMT 100 naik 33.02 mata kepada 11,630.14, Indeks FBM 70 menambah 39.76 mata kepada 16,776.78, Indeks FBM ACE meraih 20.49 mata kepada 5,155.04 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 25.25 mata kepada 12,218.55.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 63.36 mata kepada 17,353.77 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.75 mata kepada 191.59 manakala Indeks Tenaga sebaliknya susut 0.61 mata kepada 966.24 dan Indeks Perladangan turun 6.20 mata kepada 7,413.67.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten Tradesesi awalThong Pak Leng
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In