• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sunway Berpotensi Sebagai Kemasukan Baharu Dalam Senarai Konstituen FBM KLCI – MIDF

in Catalyst
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Sunway dijangka berpotensi tampil sebagai kemasukan baharu dalam senarai konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI selepas meningkat kepada kedudukan ke-24 dalam permodalan pasaran, berkemungkinan menggantikan kedudukan AMMB Holdings, kata MIDF Research.

Firma penyelidikan itu dalam laporan semakan semula separuh tahun FBM KLCI berkata Sunway telah mencatat kenaikan mendadak dalam harga sahamnya sejak 20 Nov 2023, iaitu tarikh akhir semakan semula separuh tahun FBM KLCI yang terdahulu.

Saham Sunway kemudiannya diniagakan pada RM1.99, meletakkannya pada kedudukan ke-38 dari segi permodalan pasaran.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Selepas itu, harga sahamnya telah menokok 76.9 peratus kepada RM3.52 pada 30 April 2024 sekali gus melonjakkannya pada tangga ke-24.

Sehingga 30 April, AMMB Holdings menguasai permodalan pasaran sebanyak RM13.89 bilion, meletakkannya pada kedudukan ke-33 manakala Mr DIY Group (M) di tempat ke-31 dengan RM14.74 bilion.

YTL Power International dan YTL Corp masing-masing berada pada kedudukan ke-23 dan 24 pada 20 Nov 2023, mendorong kemasukan kedua-duanya pada semakan semula Disember 2023. 

Kedua-dua kaunter ini menunjukkan prestasi baik setakat ini, mengukuhkan lagi kedudukan dalam FBM KLCI, sekali gus meletakkannya masing-masing pada tangga ke-10 dan 13, katanya.

MIDF Research berkata senarai simpanan FBM KLCI, yang terdiri daripada lima bukan konstituen teratas, dijangka mencatat sedikit perubahan, dengan keluarnya Inari Amertron Bhd dan kemasukan AMMB Holdings.

Ia turut menjangkakan kesemua 40 saham teratas mencapai keperluan apungan bebas melebihi 15 peratus.

“Dengan jangkaan AMMB Holdings keluar daripada FBM KLCI, kami meramalkan sektor utama perkhidmatan kewangan mungkin menyaksikan penyusutan kewajaran daripada 41.30 peratus pada masa ini kepada 39.61 peratus selepas semakan.

“Perubahan paling ketara akan dicatatkan dalam sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, dengan peningkatan kewajaran daripada 6.57 peratus kepada 7.87 peratus dengan kemasukan Sunway,” kata firma penyelidikan itu.

Melangkah ke hadapan, firma itu mengekalkan sasaran FBM KLCI pada 2024 kepada 1,665 mata, atau harga kepada pendapatan (PER) sebanyak 14.6 kali.

Firma itu juga yakin Rizab Persekutuan Amerika Syarikat masih menangguhkan langkah penurunan kadar faedah pertamanya seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

“Bagaimanapun, kami optimis dengan prospek ekonomi Malaysia, dan kami mengekalkan jangkaan kami terhadap potensi pertumbuhan pendapatan korporat Malaysia yang akan dipacu oleh pemulihan dalam perdagangan luar, peningkatan dalam sektor pembinaan dan prospek sektor hartanah yang bertambah baik,” katanya.

Semakan semula separuh tahun FBM KLCI dijadual diadakan pada 24 Jun 2024 berdasarkan data daripada penutupan pasaran pada 27 Mei 2024.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIMIDF Researchsemakan semula separuh tahunSunway
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In