• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

 Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki kebanyakan bursa serantau selepas prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur meneliti keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk mengekalkan kadar faedah utamanya.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah satu mata kepada 1,574.97.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 235 berbanding 124 manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,660 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan sebanyak 130.91 juta unit bernilai RM66.88 juta.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu sempena cuti Hari Pekerja.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dalam kenyataan pada Rabu, Fed mencadangkan walaupun penurunan kadar mungkin langkah seterusnya, kemajuan berterusan untuk inflasi AS masih tidak menentu.

Dow Jones naik hanya 87 mata (0.20 peratus) untuk ditutup di bawah paras 38,000, bagaimanapun saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) menghadapi kesukaran berikutan beberapa syarikat AI terkemuka melaporkan pendapatan yang kurang menggalakkan, menyebabkan Nasdaq merosot 52 mata untuk ditutup kepada 15,605.

Thong berkata dagangan rendah di rantau Asia.

“Di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung. Walaupun terdapat penurunan selepas mencatatkan kenaikan, kami melihat pembetulan ini sebagai konsolidasi yang baik untuk mengekalkan trend meningkat.

“Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,580 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.76, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.17, CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM6.59 dan RM11.94 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.33.

Bagi saham aktif, SNS naik dua sen kepada 38.5 sen, Eversendai meningkat satu sen kepada 39.5 sen manakala Sapura Energy, Iconic Worldwide dan MyEG, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, 10.5 sen dan 93.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.29 mata kepada 11,860.97, Indeks FBMT 100 merosot 10.92 mata kepada 11,491.81 dan Indeks FBM 70 jatuh 24.44 mata kepada 16,596.81.

Indeks FBM ACE merosot 9.35 mata kepada 5,067.35 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 21.95 mata kepada 12,063.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.82 mata kepada 17,238.97 dan Indeks Perladangan menambah 3.88 mata kepada 7,440.64 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.12 mata kepada 189.02 dan Indeks Tenaga berkurangan 12.19 mata kepada 963.47.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Tr
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In