• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka tinggi Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat, kata seorang penganalisis.

Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.33 mata kepada 1,577.49 daripada 1,575.16 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 429 berbanding 254, manakala 392 kaunter tidak berubah, 1,298 kaunter tidak diniagakan dan 112 yang lain digantung.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.14 mata lebih rendah kepada 1,567.30.

Jumlah dagangan sebanyak 970.78 juta unit bernilai RM483.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi minggu lepas, dirangsang oleh pendapatan kukuh daripada Alphabet dan Microsoft, pada masa sama menghapuskan kebimbangan awal terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan dan inflasi.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) naik 154 mata manakala Nasdaq meningkat 316 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.66 peratus, katanya.

Di Hong Kong, beliau berkata Indeks Hang Seng melonjak 366 mata kerana keyakinan pasaran, disokong oleh dasar untuk meningkatkan pasaran serta pendapatan korporat yang positif.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi tahun ini apabila aktiviti pembelian semasa harga rendah kembali di Bursa Malaysia.

“Hari ini, kami mengunjurkan indeks akan mengekalkan trajektori menaiknya. Oleh itu, jangkaan indeks berlegar dalam julat 1,575-1,585 dengan minat belian mungkin tertumpu kepada bank,” katanya kepada Bernama.

 Sementara itu, beliau menegaskan bahawa harga minyak mentah dijangka meningkat lebih tinggi berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah dan inventori lebih rendah yang menyaksikan minyak mentah Brent ditutup pada US$89.50 setong.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank melonjak satu sen kepada RM9.80, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM11.94, dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM6.31.

Public Bank dan CIMB masing-masing merosot satu sen kepada RM4.20 dan RM6.60.

Bagi saham aktif, MYEG naik satu sen kepada 92.5 sen, Capital A dan Powerwell masing-masing melonjak tiga sen kepada 76.5 sen dan 47.5 sen, manakala TWL Holdings dan Ingenieur Gudang masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 31.01 mata kepada 11,857.80; Indeks FBMT 100 menambah 28.35 mata kepada 11,489.80; Indeks FBM 70 naik 87.43 mata kepada 16,504.21; Indeks FBM ACE meningkat 25.72 mata kepada 5,087.73 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 42.39 mata kepada 12,034.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.44 mata kepada 17,296.37; Indeks Tenaga kurang 4.84 mata kepada 972.58; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.12 mata kepada 188.45 manakala Indeks Perladangan merosot 14.94 mata kepada 7,388.01.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In