• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Tawar Kepakaran Dalam O&G Untuk Projek NEPCS Di Bangladesh

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Malakoff Melonjak 101 Peratus Kepada RM104.96 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd, Malakoff Technical Solutions Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan China Northeast Electric Power Engineering & Services Co Ltd (NEPCS) untuk membekalkan tenaga kerja teknikal untuk operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi projek loji tenaga kitaran gabungan (CCPP) untuk NEPCS di Bangladesh.

Pengeluar tenaga bebas (IPP) itu berkata ia akan memanfaatkan kepakarannya selama beberapa dekad dalam CCPP O&M, menawarkan perkhidmatannya kepada tiga loji tenaga dengan jumlah kapasiti kira-kira 1,500 megawatt.

“Ini adalah penglibatan pertama Malakoff untuk mendapatkan projek O&M kelas H, membuka jalan untuk mengembangkan lagi kepakarannya dalam teknologi kelas H, justeru menempatkan kedudukannya untuk permintaan yang semakin meningkat dalam CCPP di Malaysia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Teknologi kelas H adalah antara teknologi terkini dalam turbin gas telah menyaksikan evolusi dan kemajuan kejuruteraan bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong keperluan moden penjanaan tenaga yang fleksibel.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata perkongsian itu menjadi bukti dedikasi kumpulan dalam meluaskan kepakaran teknikalnya di peringkat antarabangsa dan terus berusaha bagi mencatat kecemerlangan operasi.

“Kami mempunyai pasukan berkemahiran tinggi dan salah satu fokus utama kami dalam O&M adalah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi secara strategik untuk meningkatkan daya saing dan mengoptimumkan prestasi perniagaan syarikat.

“Saya yakin dengan menggerakkan pakar kami untuk projek CCPP ini di Bangladesh, kami bukan sahaja akan meningkatkan prestasi loji berkenaan tetapi juga memberikan pasukan kami pendedahan berharga kepada teknologi baharu,” katanya.

Menurut Malakoff, perkongsian itu seiring dengan tonggak perniagaannya yang baru ditubuhkan iaitu Malakoff Energy yang memastikan bekalan tenaga boleh dipercayai dan kos efektif melalui perkhidmatan pengurusan tenaga berkualiti, pada masa sama mempromosikan penjimatan dan keberkesanan tenaga.

Malakoff Energy adalah salah satu daripada tiga tonggak perniagaan strategik, selain daripada Penyelesaian Hijau Malakoff dan Penyelesaian Alam Sekitar Malakoff yang membentuk asas operasi Malakoff, katanya.

— BERNAMA

Tags: Anwar Syahrin Abdul AjibBangladeshMalakoff
Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In