• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tony Fernandes Tandatangani Kontrak Lanjutan 5 Tahun Sebagai CEO Capital A

in Catalyst
A A
Tony Fernandes Tandatangani Kontrak Lanjutan 5 Tahun Sebagai CEO Capital A

Gambar: ARIF KARTONO/AFP VIA GETTY IMAGES

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, meneruskan peranannya untuk menumpukan kepada memacu pertumbuhan masa depan dan pulangan kewangan kumpulan.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Capital A Datuk Fam Lee Ee berkata, lembaga pengarah telah meluluskan pakej insentif, yang dirancang untuk menyelaraskan kepentingan CEO dengan pemegang saham dan memastikan komitmen bersama untuk memacu kejayaan jangka panjang dan kemampanan kumpulan.

“Peranan beliau merangkumi mengemudi Capital A ke arah memanfaatkan potensi nilai pemegang saham yang dipertingkat melalui pelaksanaan urus niaga yang menguntungkan di segenap entiti kumpulan dalam Capital A,” katanya pada taklimat media hari ini.

Menurutnya pakej insentif dan perinciannya akan dibentangkan kepada pemegang saham untuk kelulusan mereka pada mesyuarat agung luar biasa yang akan datang.

“Fernandes telah memperlihatkan kebolehan yang tiada tandingan untuk berjaya mentransformasi Capital A dalam memacu pertumbuhan dan memberikan pulangan kewangan, meraih reputasi sebagai antara CEO dunia yang cemerlang,” katanya.

Fam berkata Fernandes telah menetapkan Capital A pada laluan strategik yang baik untuk penciptaan nilai yang berterusan, dan lembaga pengarah memutuskannya demi kepentingan pemegang saham untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya.

“Kami yakin, di bawah bimbingan beliau, kami akan mencapai kejayaan penting yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Fernandes berkata beliau menjangka Teleport, MOVE Digital, Capital A Aviation Services Group (CAPAS) dan Capital A International berkembang sebagai syarikat awam tersenarai berasingan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Mereka akan berkongsi DNA asas AirAsia, dengan ciri kos rendah, kecekapan tinggi dan komitmen tanpa henti untuk menjadi pengganggu pasaran yang bebas dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau juga akan menumpukan kepada memberi semula nilai terhadap pemegang saham dalam tempoh barunya ini di samping menghasilkan strategi jangka terhad untuk kumpulan, meninggalkan status PN17 dan mengukuhkan lembaran imbangannya.

Selain memperbaharu tempoh itu, Tony juga dilantik selaku penasihat dan pengelola untuk CEO AirAsia Aviation Group memandangkan kumpulan syarikat penerbangan itu memulakan era baharu transformasi dan pertumbuhan.

Pengerusi AirAsia Aviation Group Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata Fernandes akan menawarkan pemerhatian strategik terhadap AirAsia Aviation Group, meliputi rancangan pengembangan dan penggantian serta menjadi saluran utama antara Capital A dan ekosistem perniagaan penerbangan untuk memastikan keseluruhan peluang bersama dimanfaatkan.

— BERNAMA 

Tags: Capital ACEOJamaludin IbrahimTony Fernandes
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In