• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

I-Bhd Terima Komitm­­­en Pelaburan RM100 Juta Daripada Pemegang Saham Utama

in Catalyst
A A
I-Bhd Terima Komitm­­­en Pelaburan RM100 Juta Daripada Pemegang Saham Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Kumpulan hartanah I-Bhd mengumum menerima komitm­­­en pelaburan sebanyak RM100 juta dalam saham keutamaan boleh tebus daripada pemegang saham utamanya, Tan Sri Lim Kim Hong.

I-Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata suntikan RM100 juta itu akan menyokong baki pembangunan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM5 bilion dan mengembangkan portfolio hartanah pelaburannya yang bernilai RM1 bilion selain memaksimumkan pulangan daripada aset lain.

Syarikat tersebut berkata sokongan kewangan itu juga bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan hartanah di i-City, Shah Alam, selaras dengan pertumbuhan pasaran hartanah yang dijangka meningkat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ia juga melambangkan keyakinan yang kukuh terhadap potensi pertumbuhan i-City dan inisiatif strategiknya, selaras dengan pemacuan agenda Malaysia Digital yang merangkumi bandar digital,” katanya.

Dalam tempoh dua tahun lepas, I-Bhd telah membangunkan semula pelan hala tuju pembangunan hartanahnya yang tergendala akibat pandemik dan kini berada di landasan pertumbuhan kukuh dengan jualan belum dibilkan pada akhir 2023 melonjak kepada RM113 juta daripada RM39 juta pada tempoh yang sama pada 2021.

“Oleh itu, kumpulan sedang  berusaha menyiapkan segera projek-projek terkini bagi menghadapi gelombang peningkatan yang dijangka berlaku dalam pasaran hartanah,” kata I-Bhd.

— BERNAMA

Tags: I-Bhdi-CityLim Kim Hongpemegang saham utama
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In