• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Topmix Mengukuh 35 Peratus Pada Penutup Pasaran ACE

in Asas Saham, Catalyst
A A
Topmix Dibuka Pada 41 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Topmix Bhd, yang muncul kali pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, ditutup pada 42 sen, meningkat 11 sen atau 35.48 peratus dengan 12.49 juta saham didagangkan.

Pada 5 petang, syarikat itu juga muncul sebagai saham paling aktif dan berada di kalangan 15 saham teratas dalam senarai paling untung.

Syarikat itu membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 41 sen, mencatatkan premium 10 sen, atau 32.26 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 31 sen. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kaunter produk hiasan permukaan menyaksikan 12.25 juta saham bertukar tangan pada loceng pembukaan.

Pengarah Urusan Jack Teo Quek Siang melalui satu kenyataan hari ini berkata kejayaan IPO itu menggariskan komitmen mereka untuk memacu Topmix ke hadapan bagi mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam pasaran produk hiasan permukaan.

Modal baharu yang diperoleh menerusi IPO akan membolehkan syarikat melaksanakan pelan pengembangannya termasuk meluaskan rangkaian produk melalui penerokaan ke dalam pemasangan produk papan serpai muka melamin (MFC) yang akan menangani segmen pelanggan baharu seperti pengeluar perabot. 

“Selain itu, kami akan menubuhkan pejabat jualan di Pulau Pinang untuk mengambil peluang di atas peningkatan permintaan selain mengembangkan kesedaran jenama serta produk dan bertindak balas dengan lebih pantas kepada pesanan produk di seluruh rantau. 

“Menyedari potensi pertumbuhan di wilayah tengah, kami komited untuk memenuhi permintaan membabitkan penggunaan produk kami dalam hartanah kediaman dan komersial dengan mengembangkan kapasiti gudang kami di wilayah tengah bagi memudahkan rangkaian inventori yang lebih luas untuk memenuhi tempahan dengan lebih pantas,” katanya

Topmix berjaya mengumpulkan sebanyak RM25.6 juta daripada IPO, sejumlah RM11.3 juta diperuntukkan untuk modal kerja am dan RM6 juta lagi ke arah pengembangan perniagaan, pemasaran serta jualan selain penubuhan pejabat jualan baharu dan menambah kapasiti gudang.

Kumpulan itu juga merancang untuk memperuntukkan RM5 .3 juta bagi pengembangan ke dalam pemasangan produk papan serpai muka melamin (MFC) dan baki RM3 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Dalam sidang akhbar selepas penyenaraian, Teo berkata Topmix akan menumpukan pada pengukuhan di wilayah utara Malaysia disebabkan oleh industri semikonduktor yang sedang berkembang pesat.

“Tingkah laku pelanggan di wilayah utara telah berubah. Pemilik rumah lebih suka reka bentuk dalaman yang baik untuk pengubahsuaian dan projek komersial mereka. Jadi kami mahu berkembang lebih mantap di wilayah utara bagi mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar,” katanya lagi. “Untuk projek komersial, banyak pusat beli-belah serta hotel sedang diubah suai. Jadi dalam industri pengubahsuaian, kami memberi tumpuan kepada sektor perumahan dan komersial.”

— BERNAMA

Tags: pasaran ACETopmix Bhd
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In