• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Topmix Dibuka Pada 41 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
Topmix Dibuka Pada 41 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Topmix Bhd memulakan penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 41 sen, premium sebanyak 10 sen, atau 32.26 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO)nya pada 31 sen.

Kaunter syarikat produk hiasan permukaan menyeluruh itu menyaksikan 12.25 juta saham bertukar tangan ketika ia dibuka.

Pengarah Urusan Jack Teo Quek Siang dalam satu kenyataan hari ini berkata kejayaan penyenaraian IPO itu memperlihatkan komitmen mereka untuk memacu Topmix ke hadapan bagi mengukuhkan penyertaan kumpulan dalam pasaran produk hiasan permukaan.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Modal baharu yang diperoleh melalui IPO itu membolehkan kumpulan mempercepatkan pelan pengembangannya, termasuk meluaskan rangkaian produk papan cip permukaan kayu melamina (MFC), untuk memenuhi segmen pelanggan baharu seperti pengeluar perabot, katanya.

“Kami merancang untuk menubuhkan pejabat jualan baharu di Pulau Pinang bagi meneroka potensi pasaran di wilayah tengah selain mengembangkan kapasiti gudang untuk memastikan pengedaran produk yang cekap dan masa penghantaran yang lebih cepat di wilayah berkenaan,” kata Teo.

Topmix dijangka meraih RM25.6 juta daripada IPO dengan RM11.3 juta diperuntukkan untuk modal kerja am dan RM6 juta untuk pengembangan perniagaan, pemasaran dan jualan, termasuk menubuhkan pejabat jualan baharu dan meningkatkan kapasiti gudang.

Di samping itu, kumpulan itu merancang untuk memperuntukkan RM5.3 juta bagi usaha pengembangan produk MFC, manakala baki RM3 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Dalam sidang akhbar selepas penyenaraian, Teo berkata Topmix akan memberi tumpuan pada pengembangan di wilayah utara seiring perkembangan pesat industri semikonduktor.

Langkah pengembangan itu bersesuaian dengan perubahan tingkah laku pelanggan wilayah itu, yang kini lebih memilih reka bentuk dalaman yang moden untuk projek pengubahsuaian kediaman dan komersial mereka.

“Jadi kami mahu lebih giat berkembang di utara untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar.

“Ini susulan banyak pusat beli-belah dan hotel sedang diubah suai. Jadi dalam industri pengubahsuaian, kami memberi tumpuan kepada perumahan dan juga sektor komersial,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Jack Teo Quek Siangpasaran ACEproduk hiasan permukaanTopmix Bhd
Share227ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In