• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Axiata Group, Dialog Dan Bharti Airtel Meterai Perjanjian Gabung Operasi Di Sri Lanka

in Catalyst
A A
Unit Axiata Jual Semua Pegangannya Dalam Edotco Myanmar Pada Harga RM713.03 Juta, Keluar Dari Myanmar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Axiata Group Bhd, Dialog Axiata PLC, and Bharti Airtel Ltd  hari ini memeterai perjanjian muktamad bagi menggabungkan operasi di Sri Lanka, termasuk pengambilalihan keseluruhan saham-saham terbitan Bharti Airtel Lanka (Pte) Ltd.

Menerusi kenyataan bersama, pihak terbabit turut mengumumkan bahawa Dialog akan mengambil alih 100 peratus saham terbitan Airtel Lanka, anak syarikat milik penuh Bharti Airtel, dengan menerbitkan saham  biasa sebanyak 10.355 peratus daripada jumlah saham terbitan kepada Bharti Airtel.

Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurutnya, ini termasuk kelulusan daripada Bursa Saham Colombo (CSE) dan selesainya prosedur pematuhan undang-undang, korporat dan kawal selia lain yang berkaitan.

Pihak Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Sri Lanka (TRCSL) telah memberi kelulusan bagi cadangan penggabungan itu, sekali gus menekankan visi dalam melonjakkan penerimagunaan perkhidmatan telekomunikasi di serata Sri Lanka.

“Langkah penyatuan itu akan membolehkan entiti digabungkan meraih skala ekonomi, mengurangkan pertindihan infrastruktur, mencapai sinergi dalam teknologi serta perbelanjaan modal yang dapat meningkatkan ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan suara dan nilai tambah, penjimatan kos serta kecekapan operasi,” kata kenyataan itu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata Vivek Sood menyifatkan penggabungan Dialog dan Airtel Lanka itu sejajar dengan strategi Axiata membabitkan aspek penyatuan serta daya tahan pasaran.

“Penggabungan ini akan menyuntik nilai bagi pemegang saham Dialog Axiata PLC dan Axiata Group menerusi sinergi yang mampu dicapai.

“Kami memandang tinggi terhadap Airtel Lanka serta kakitangannya dan teruja untuk bekerjasama seiring usaha integrasi kedua-dua syarikat,” katanya.

Selain itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Bharti Airtel Limited Gopal Vittal yakin terhadap keupayaan Dialog serta cadangan unik berkenaan dan memberi jaminan bahawa pelanggan akan terus menikmati perkhidmatan lebih maju menerusi rangkaian yang lancar.

— BERNAMA

Tags: AxiataBharti AirtelDialog AxiatapenggabunganSri Lanka
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In