• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Malaysia Pertimbang Kenakan Cukai Karbon Dalam Pelaburan Akan Datang

in Berita
A A
Malaysia Pertimbang Kenakan Cukai Karbon Dalam Pelaburan Akan Datang

Sumber Gambar : Website UKM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Malaysia mempertimbangkan untuk mengenakan cukai karbon dalam pelaburan akan datang untuk menyokong agenda kelestarian sebagai usaha untuk menangani perubahan iklim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Zaini Ujang. 

Menurut Bank Dunia, cukai karbon secara langsung menetapkan harga pada karbon dengan menentukan kadar cukai ke atas pelepasan gas rumah hijau atau terhadap kandungan karbon dalam bahan api fosil. 

 Zaini, bagaimanapun, tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai cadangan tersebut.

Katanya lagi, bagi menguruskan risiko perubahan iklim, Akta Perubahan Iklim yang baharu juga mungkin akan digubal dalam masa terdekat, bergantung kepada pemahaman penggubal dasar dan permintaan daripada rakyat secara umumnya.

“Kita mungkin menggunakan undang-undang sedia ada, seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, bersama-sama dengannya (Akta Perubahan Iklim yang baharu),” katanya pada Sidang Kemuncak Kelestarian Bumi Yang Lebih Sejuk 2020 di sini semalam. 

Semasa sesi bertajuk “Adakah Anda Bersedia? Peraturan-Peraturan Yang Sukar, Tetapi dengan Insentif”, Zaini mendedahkan kerajaan sedang menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 bagi meliputi perubahan iklim, kelestarian serta mandat pengurusan dan pelaporan gas rumah hijau.

“Buat masa ini, kita sedang merancang untuk mengkaji keperluan perundangan perubahan iklim. 

“Jika kita memerlukannya, kita akan merangka peraturan berkaitan,” katanya, sambil menambah bahawa ia akan merangkumi pelaporan sektor swasta dan instrumen ekonomi, mencontohi apa yang telah dilakukan di New Zealand, negara pertama di dunia yang menuntut pelaporan risiko iklim. 

— BERNAMA

Share723ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In