• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pelaksanaan LRT Pulau Pinang Petanda Baik Bagi Sektor Pembinaan – Penyelidikan

in Catalyst
A A
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang Petanda Baik Bagi Sektor Pembinaan – Penyelidikan

Gambar hiasan (beritaharian)

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang adalah petanda baik bagi sektor pembinaan memandangkan penawaran pekerjaan dijangka kekal kukuh daripada sektor swasta dan awam, menurut penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu mengekalkan saranan ‘positif’ bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan peserta pembinaan bagi beberapa tahun akan datang.

Projek kereta api mega itu akan dibahagikan kepada tiga kontrak iaitu pembinaan awam bagi jajaran Pulau Silikon hingga Komtar (segmen satu), pembinaan awam jajaran Komtar ke Penang Sentral (segmen dua) serta sistem siap guna dan gerabak.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kerajaan menawarkan pembinaan awam bagi kerja-kerja jajaran Pulau Silikon ke Komtar (segmen satu) menerusi permintaan untuk cadangan (RFP) sumber tunggal kepada SRS Consortium Sdn Bhd, anak syarikat 60 peratus milik Gamuda Bhd.

SRS Consortium mempunyai tempoh sehingga enam bulan untuk memuktamadkan nilai dan butiran maklumat kontrak dengan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) milik Kementerian Kewangan.

“Selain Gamuda, kami menjangkakan peserta lain juga meraih manfaat daripada pakej segmen dua yang besar dan kontraktor mungkin diberikan pekerjaan peringkat kedua.

“Pengeluar simen seperti Malayan Cement Bhd dan kalangan pembuat keluli juga merupakan antara yang akan menerima manfaat,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Isnin.

Kontrak kedua dan ketiga akan dibuka untuk tender.

Sementara itu, penyelidikan oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpandangan Gamuda kemungkinan masih boleh mengambil bahagian dalam segmen dua serta tender terbuka bagi sistem siap guna dan gerabak.

“Kami menganggarkan kerja-kerja awam segmen satu mungkin mencatatkan nilai kontrak RM10 bilion yang membawa nilai efektif kepada Gamuda sebanyak RM6 bilion.

“Ini boleh menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan pembinaan yang belum dibilkan kepada jumlah yang besar sebanyak RM30.1 bilion apabila diberikan. Berdasarkan andaian yang surat perjanjian itu akan ditandatangani pada Julai 2024, Gamuda mungkin menamatkan tahun kewangan 2024 dengan perolehan kontrak RM15.7 bilion,” menurutnya.

Justeru, penyelidikan HLIB mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Gamuda dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi pada RM6.11 selepas pelarasan untuk permulaan projek yang lebih awal daripada jangkaan.

Menurut penyelidikan HLIB pesaing yang berpotensi kukuh bagi segmen dua ialah Sunway Construction Group Bhd (beli; TP: RM3.20), IJM Corporation Bhd (beli; TP: RM2.38) dan Malaysian Resources Corporation Bhd (beli; TP: RM0.70).

Selain itu, bank pelaburan itu turut berpendapat TRC Synergy Bhd, Gadang Holdings Bhd, Kimlun Corporation Bhd, Gabungan AQRS Bhd, Econpile Holdings Bhd, Aneka Jaringan Holdings Bhd dan Eita Resources Bhd juga boleh membida subkontrak untuk segmen satu dan segmen dua.

— BERNAMA

Tags: GamudaHong Leong Investment BankLRT Pulau PinangMIDF Amanah Investment Bank Bhdpembinaan
Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In