• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Dagangan Pelbagaikan Portfolio Usaha Kesinambungan Perniagaan Masa Depan

in Catalyst
A A
Petronas Dagangan Pelbagaikan Portfolio Usaha Kesinambungan Perniagaan Masa Depan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) — Petronas Dagangan Bhd (PDB), cabang pemasaran Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk produk petroleum dan stesen berperkhidmatan, akan memberi tumpuan untuk berkembang kepada sektor serbaneka dan menyediakan penyelesaian mobiliti rendah karbon kepada pelanggannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata langkah itu sebagai usaha pihaknya untuk mempelbagaikan portfolio bagi meneruskan kesinambungan perniagaan masa depan, yang akan dilaksanakan menerusi perkongsian strategik.

“Bagaimanapun, kami mengambil kira potensi ketidaktentuan dalam ekonomi dan pasaran pada masa akan datang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Justeru, kami akan terus berdisiplin dalam pelaburan dan operasi kami, memastikan kami mengoptimumkan sumber kami dengan berkesan untuk mengekalkan pertumbuhan dan mengekalkan daya tahan dalam menghadapi sebarang cabaran yang akan datang,” katanya dalam Laporan Bersepadu syarikat 2023.

Azrul berkata PDB juga akan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan dan sedang merancang lebih awal, bekerjasama secara berkesan dan melabur dalam sistem pengedaran yang disediakan untuk keperluan masa depan PDB.

Ini adalah pendekatan strategik yang memastikan pelanggan kami kekal bersama kami, mempercayai bahawa kami mampu memberikan penyelesaian yang boleh diharapkan untuk jangka masa yang panjang, katanya.

Sementara itu, Azrul berkata purata harga minyak pada 2024 dijangka berlegar sekitar US$80 setiap tong, selaras dengan purata harga 2023 sebanyak US$82.64 setiap tong.

Unjuran Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) ini menjangkakan bahawa Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu diketuai oleh Rusia (OPEC+), akan memulakan penurunan pengeluaran yang akan mengimbangi pertumbuhan permintaan minyak yang lebih rendah dan mengekalkan harga Brent melebihi US$80 setiap tong.

Beliau berkata walaupun pasaran minyak dilihat pulih, peserta pasaran berhati-hati tentang masa depan.

Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan lain mencadangkan pertumbuhan ekonomi 2024 yang lebih sihat didorong terutamanya oleh perbelanjaan domestik yang berdaya tahan untuk Malaysia.

“Bagaimanapun, percukaian baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan pada hasil petroleum dan menstabilkan persekitaran fiskal berpotensi mempengaruhi tingkah laku dan perbelanjaan pengguna,” kata Azrul.

— BERNAMA

Tags: Azrul Osman RaniPDBpenyelesaian mobilitiPetronas Dagangan Bhdsektor serbaneka
Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In