• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Zantat Muncul Mengkagumkan Di Pasaran ACE Dengan Premium 15 Sen

in Saham
A A
Zantat Muncul Mengkagumkan Di Pasaran ACE Dengan Premium 15 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Pengeluar serbuk kalsium karbonat bergred tinggi, Zantat Holdings Bhd telah membuat penampilan sulung yang mengagumkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 40 sen, mencatatkan premium 15 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.

Semasa dibuka, kaunter itu menyaksikan 5.96 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Urusan Ivan Chan berkata hasil IPO akan digunakan bagi pelan pengembangan syarikat termasuk pembelian peralatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menaik taraf infrastruktur kilang Calroc di Perak dan melabur dalam komponen kecekapan tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Kebanyakan rancangan itu akan bermula seawal bulan depan dan kami menjangkakan semua ini selesai menjelang akhir 2025,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian itu di sini hari ini.

Zantat mengumpul RM14 juta daripada pelaksanaan IPOnya untuk membiayai sebahagian daripada usaha syarikat ke dalam rantaian nilai bioplastik selain untuk pengembangan perniagaan terasnya dalam pengeluaran kalsium karbonat. 

Daripada hasil itu, RM3.8 juta akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan R&D, memfokuskan kepada pengkompaunan bioplastik serta kalsium karbonat. Ia juga merancang untuk melabur RM1.4 juta dalam komponen mesin kecekapan tinggi dan automasi industri, sejumlah RM1.0 juta lagi akian dipakai untuk menaik taraf kilang pengeluaran kalsium karbonat utama.

Chan berkata produk syarikat itu dijual ke negara-negara di rantau Asia Pasifik, dengan India sebagai pasaran terbesar diikuti oleh Malaysia.

“Majoriti pelanggan India berada dalam industri plastik. Jadi India menyumbang 60 peratus daripada jumlah pendapatan kami, diikuti Malaysia pada 30 peratus,” tambahnya.

Syarikat itu juga merancang untuk membangunkan tiga sebatian bioplastik baharu iaitu untuk filem regangan (pembungkusan), filem mulsa (plastik bersama tanah untuk pengeluaran tanaman) dan filem marin boleh urai.

Beberapa pelanggan dari Malaysia, India, Indonesia dan Singapura sudah dikenal pasti, katanya.

“Kami mahu menjual sebatian bioplastik kami kepada pengeluar pembungkus plastik yang mahu menghasilkan produk pembungkusan bioplastik, pengeluar sebatian bioplastik yang berhasrat untuk melibatkan pengilang kontrak dalam membangunkan serta mengeluarkan sebatian bioplastik dan syarikat perdagangan yang mahu menjual semula sebatian bioplastik kami kepada pelanggan mereka.

 “Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi strategik yang menghasilkan beg sampah boleh kompos untuk menerokai pasaran seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand,” katanya sambil menambah bahawa rancangan eksport ke tiga negara itu dijangka bermula tahun ini.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPOpasaran ACEZantat Holdings Bhd
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In