• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat TCS Peroleh Kontrak Projek Komersial Bernilai RM140.27 Juta Daripada KLK

in Catalyst
A A
Anak Syarikat TCS Peroleh Kontrak Projek Komersial Bernilai RM140.27 Juta Daripada KLK
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd (TCSCSB) memperoleh kontrak bernilai RM140.27 juta daripada KLK Retail Centre Sdn Bhd (KLKRC) bagi kerja-kerja binaan bangunan utama untuk cadangan kompleks komersial yang dikenali sebagai Bandar Seri Coalfields Retail Park di Bandar Seri Coalfields, Selangor.

KLKRC merupakan anak syarikat milik penuh Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK).

TCS menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata tempoh kontrak secara keseluruhannya meliputi sembilan belas bulan dari tarikh permulaan hingga kerja-kerja selesai pada 24 Okt, 2025.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Penyedia perkhidmatan pembinaan itu berkata penerimaan surat lantikan (LOA) itu sejajar dengan pengembangan perniagaan syarikat untuk meningkatkan hasil.

“Kumpulan berpendapat LOA itu akan meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa dan mengukuhkan arus pendapatan bagi tahun-tahun kewangan akan datang,” katanya.

Pengarah Urusan TCS, Datuk Tee Chai Seng berkata kumpulan itu positif terhadap prospek industri pembinaan pada masa depan.

“Ini disokong oleh infrastruktur yang strategik, projek utiliti dan kemajuan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025),” katanya dalam kenyataan tersebut.

LOA itu dijangka memberi sumbangan  positif kepada pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang kumpulan pada masa depan.

— BERNAMA

Tags: kontrakKuala Lumpur KepongLoApembinaanTCS Group
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In