• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EcoWorld Malaysia Catat Untung Bersih RM69.23 Juta Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
Sektor Besi Dan Hartanah Pasca Pandemik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi sebanyak RM69.23 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2024 daripada RM57.0 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas.

Hasil meningkat 10.9 peratus kepada RM537.79 juta daripada RM484.73 juta sebelumnya disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada fasa yang aktif dan fasa baharu dilancarkan.

“Projek utama yang menyumbang kepada hasil dan keuntungan kasar pada suku pertama 2024 ialah Eco Botanic, Eco Botanic 2, Eco Spring, Eco Tropics, Eco Business Park I, Eco Business Park II dan Eco Business Park III di Iskandar Malaysia dan Eco Majestic, Eco Hutan dan Eco Sanctuary di Lembah Klang,” kata pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia Datuk Chang Khim Wah dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu mencatat jualan RM1.26 bilion dalam empat bulan pertama tahun kewangan 2024, mewakili 36 peratus daripada sasaran jualan tahun kewangan 2024 sebanyak RM3.5 bilion.

Mengulas prestasi kumpulan itu, beliau berkata jualan rumah kediaman kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan Eco Townships dan Eco Rise memperoleh RM799 juta atau 63 peratus daripada jumlah jualan setakat 29 Feb, 2024.

“Ini termasuk jualan daripada pelancaran baharu rumah bertanah di Eco Spring dan Eco Tropics di Iskandar Malaysia dan Eco Grandeur di Lembah Klang,” kata Chang.

Syarikat itu juga akan aktif mencari peluang meningkatkan simpanan tanah, memandangkan tahap penggearan bersihnya yang rendah pada 0.28 pada 31 Jan, 2024.

EcoWorld Malaysia kekal pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan simpanan tanah bagi meningkatkan lagi prospek pertumbuhan pada masa akan datang, katanya.

— BERNAMA

Tags: EcoWorld Malaysialaporan kewanganpemaju hartanah
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In