• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Wilhelmina, Ecoscience International Bina Kilang Pelet Hitam TG2 Di Pahang

in Catalyst
A A
Wilhelmina, Ecoscience International Bina Kilang Pelet Hitam TG2 Di Pahang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Syarikat tenaga boleh baharu Belanda, Maatschappij Wilhelmina NV (Wilhelmina) bekerjasama dengan Ecoscience International Bhd (EIB) untuk membina dan mengurus kilang pelet hitam TG2 bernilai US$60 juta (RM283.86 juta) di Kawasan Perindustrian Gebeng Fasa III, Kuantan, Pahang.

Menerusi kerjasama itu, Wilhelmina akan membiayai, memiliki dan mengendalikan kilang tersebut, manakala Ecoscience akan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC).

Perjanjian pengilangan induk dan EPC antara kedua-dua syarikat itu dijangka selesai pada suku keempat 2024.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilhelmina Barthold Van Doorn berkata kilang itu akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk disiapkan, dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula menjelang suku keempat 2024.

Setelah siap, Ecoscience akan mengendalikan, menyelenggara dan mengurus kilang tersebut bagi pihak Wilhelmina, katanya.

Menurut Van Doorn kilang berkenaan akan menjadi yang pertama di dunia menghasilkan pelet hitam menggunakan tandan buah kosong (EFB) sebagai bahan mentah bagi menghasilkan bahan api yang mampan terhadap alam sekitar.

Beliau memilh Malaysia sebagai lokasi pertama kilang itu kerana negara menjana hampir 20 juta tan sisa EFB setahun.

“Daripada membiarkan EFB mereput di tapak pelupusan, ia boleh diolah menjadi pengganti arang batu yang lebih bersih dan bertenaga tinggi, mengurangkan sehingga 12 juta tan metana, bersamaan dengan 300 juta tan karbon dioksida,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu di sini hari ini.

Syarikat itu turut melihat potensi beberapa lokasi di negara lain, seperti Jepun, Indonesia dan Kemboja untuk mewujudkan lebih banyak loji pelet hitam TG2 menggunakan sisa pertanian seperti sabut kelapa dan kayu pokok getah.

Sementara itu, Pengerusi EIB Datuk Tan Yee Boon berkata kemampanan adalah penting bagi tujuan memelihara ekosistem dan memastikan kesejahteraan generasi akan datang dalam menghadapi perubahan iklim dan penyusutan sumber.

“Oleh itu, kami berbangga dapat memainkan peranan utama dalam pembinaan kilang pelet hitam TG2 ini, mencerminkan komitmen kami terhadap pengeluaran tenaga mampan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Barthold Van DoornEcoscience International Bhdpelet hitam TG2Wilhelmina
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In