• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kilang Bernilai RM40 Juta QES Group Di P.Pinang Bukti Komitmen Prinsip ESG

in Catalyst
A A
Kilang Bernilai RM40 Juta QES Group Di P.Pinang Bukti Komitmen Prinsip ESG

Gambar: business today

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GEORGE TOWN, 18 Mac (Bernama) — Pengeluar peralatan ujian automatik, QES Group Bhd berkata kilang QES 2@BKIP miliknya yang berharga RM40 juta, membuktikan komitmen syarikat itu dalam melaksanakan amalan dan inovasi yang mampan, seiring dengan visi Malaysia untuk menjadi peneraju dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) di Asia Tenggara.

Kilang baharu yang terletak di Batu Kawan Industrial Park (BKIP) itu menggunakan tenaga solar sebagai sumber boleh diperbaharui bagi mengurangkan pergantungan kepada elektrik konvensional, katanya dalam satu kenyataan.

“QES 2@BKIP direka untuk meminimumkan impak alam sekitar dan berintegrasi dengan persekitarannya, bertujuan untuk mencapai pensijilan bangunan hijau dengan menggunakan bahan mesra alam dan melaksanakan penyelesaian tenaga boleh baharu.

“Projek ini dijangka mewujudkan 100 pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Pengarah Urusan QES Group Chew Ne Weng berkata kumpulan itu yakin QES 2@BKIP akan mengukuhkan lagi operasi kumpulan dan memupuk usahanya untuk pertumbuhan dan kejayaan.

Kilang itu akan menempatkan syarikat usaha samanya, Applied Engineering Technology (M) Sdn Bhd (AETM) dengan Applied Engineering Inc yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Penempatan itu akan meluaskan ruang kilang AETM, berbanding kemudahan sewa semasanya yang berkeluasan 18,000 kaki persegi kepada kira-kira 30,000 kaki persegi, dan meningkatkan keperluan tenaga kerjanya dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

“Dengan memberikan tumpuan kepada prinsip ESG, QES bersedia meletakkan syarikat sebagai peneraju dalam industri semikonduktor dan visi Malaysia untuk masa depan yang mampan,” kata Chew.

Dalam kenyataan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 menerangkan dengan jelas perjalanan pembaharuan perindustrian Malaysia ke arah mencapai kerumitan ekonomi yang lebih tinggi, kehebatan teknologi, kemampanan, serta sebagai keterangkuman ekonomi.

Beliau berkata penumpuan dua atau lebih objektif ini melalui sektor sasaran NIMP akan membantu mempercepatkan pembaharuan perindustrian Malaysia.

“Kami melihat ciri-ciri ini dalam kilang QES yang akan datang menerusi pembuatan semikonduktor berteknologi tinggi yang inovatif memenuhi kemampanan.

“Penumpuan sebegini juga akan membantu sektor perkilangan Malaysia meningkatkan rantaian nilai global dengan lebih cepat, sambil mewujudkan pekerjaan bergaji lebih baik untuk rakyat dan menyumbang kepada masa depan sifar bersih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata matlamat kemampanan QES bersesuaian dengan trend semasa syarikat dan pelabur yang mengutamakan ESG.

Beliau berkata dengan ESG sebagai keutamaan, kerjasama adalah penting untuk firma semikonduktor mencapai kemajuan dalam penyahkarbonan.

“MIDA menyokong penuh usaha tersebut, mengiktiraf potensi mereka untuk bukan sahaja menjana peluang pekerjaan berkualiti tinggi tetapi juga membentuk masa depan yang lebih mampan untuk generasi akan datang,” katanya.

— BERNAMA

TAG: MIDA, MITI, semikonduktor, ESG, QES Group Bhd

Tags: ESGMIDAMITIQES Group Bhdsemikonduktor
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In