• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis, Huawei Malaysia Meterai MoU Bagi Mempercepat Penerimagunaan 5.5G

in Catalyst
A A
Maxis, Huawei Malaysia Meterai MoU Bagi Mempercepat Penerimagunaan 5.5G
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Maxis Bhd dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam program mempercepat penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G).

Kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata kerjasama berkenaan merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G di Malaysia, merangkumi kes-kes penggunaan, teknologi utama, evolusi teknologi dan ekosistem.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MoU itu telah dimeterai di Kongres Mudah Alih Dunia 2024 di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini, dengan disaksikan Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua syarikat itu juga akan meneroka inisiatif bagi menggalakkan penggunaan serta pemindahan kepada 5.5G dan turut menampilkan kelebihan sistem itu dari hujung ke hujung melalui percubaan dan pengujian teknologi termasuk kebolehsuaian, keselamatan dan keteguhan.

“Pada masa yang sama, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan cerapan rangkaian 5.5G untuk mengenal pasti peluang-peluang dalam penyelesaian dan pengoptimuman perniagaan didayakan oleh 5G dan 5.5G, memfokuskan kepada pengguna dan perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis Goh Seow Eng berkata syarikat itu mengalu-alukan peluang untuk membangunkan penyelesaian berkesan dengan memanfaatkan teknologi 5.5G. Ini termasuk peningkatan dalam kelajuan, kapasiti sambungan besar-besaran dan penambahbaikan dalam kependaman yang ditawarkan oleh 5.5G untuk menyediakan penyelesaian yang membawa faedah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Simon Sun berkata dengan kepakarannya yang terkenal di dunia dalam penyelidikan dan pembangunan serta teknologi inovatif, syarikat itu teruja untuk bekerjasama dengan Maxis bagi memperluaskan peluang komersial 5.5G.

“Ini akan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sebagai peneraju infrastruktur digital serantau, dan turut membuktikan bahawa kemudahan digital dan persekitaran kondusif di negara ini adalah antara yang terbaik untuk menarik dan mengekalkan minat pelabur asing,” katanya.

Kenyataan itu juga menyatakan Maxis dan Huawei akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan serta memberi cadangan selaras dengan kes-kes perniagaan dan kesediaan ekosistem, sejajar dengan dasar kerajaan untuk menyokong perkembangan 5.5G di negara ini.

— BERNAMA

Tags: 5.5GHuawei MalaysiaMaxisMoU
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In