• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah pada Khamis berikutan pengambilan untung ke atas saham wajaran tinggi terpilih berlanjutan dalam keadaan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.87 mata kepada 1,536.26 daripada 1,538.13 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.53 mata lebih rendah kepada 1,535.60.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 242 berbanding 216, manakala 347 kaunter tidak berubah, 1,509 kaunter tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 740.285 juta unit bernilai RM215.68 juta.

Menurut Malacca Securities pihaknya menjangkakan keadaan pasaran tempatan kekal positif hari ini dengan situasi aktiviti pembelian semasa harga murah dalam saham bermodal kecil.

FBM KLCI ditutup rendah (pada Rabu) selepas beberapa saham dalam indeks wajaran tinggi melaksanakan dividen mereka, manakala saham wajaran tinggi telekomunikasi terpilih ditutup dalam wilayah negatif, jelasnya.

“Memandangkan sektor teknologi di Amerika Syarikat mengalami penurunan, kami yakin peningkatan saham teknologi mungkin minimum di pasaran tempatan.

“Sementara itu, kami yakin pelabur boleh memberi tumpuan kepada sektor komoditi seperti minyak dan gas dan sektor perladangan, dengan prestasi lebih kukuh yang dicatatkan komoditi asas dalam tempoh semalaman,” menurut firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 5.0 sen kepada RM9.57, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing turun 2.0 sen kepada RM4.20 dan RM11.52 manakala CIMB naik 4.0 sen kepada RM6.74 dan Petronas Chemicals menokok 1.0 sen kepada RM6.82.

Bagi saham aktif, Hong Seng meningkat setengah sen kepada 2.0 sen, Eversendai naik 3.0 sen kepada 42 sen, GDB Holdings menambah 3.5 sen kepada 26.5 sen manakala Pan Malaysia kekal pada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.53 mata kepada 11,440.65; Indeks FBMT 100 susut 5.19 mata kepada 11,100.03; Indeks FBM ACE kurang 1.02 mata kepada 4,705.40; Indeks FBM Emas Syariah menokok 1.48 mata kepada 11,496.72 dan Indeks FBM 70 naik 26.76 mata kepada 15,576.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 51.09 mata kepada 17,184.48; Indeks Perladangan meningkat 8.37 mata kepada 7,283.57; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.12 mata kepada 175.57 manakala Indeks Tenaga menokok 5.99 mata kepada 912.49.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In