• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Bermaz Susut Kepada RM70.50 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) menyusut kepada RM70.50 juta pada suku ketiga berakhir 31 Jan, 2024 daripada RM87.28 juta bagi tempoh yang sama setahun sebelum itu.

Hasil menurun kepada RM896.50 juta berbanding RM975.96 juta sebelum itu, menurut syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata penurunan hasil kumpulan itu sebanyak RM79.5 juta, penyusutan sebanyak 8.1 peratus disebabkan terutamanya oleh jumlah jualan yang rendah dan perubahan campuran jualan daripada operasi domestik jenama Mazdanya.

Bagi sembilan bulan berakhir 31 Jan 2024, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM260.81 juta berbanding RM203.12 juta dalam tempoh yang sama setahun lepas.

Hasil bagi tempoh itu juga naik sebanyak 20.9 peratus, atau RM516.9 juta kepada RM2.99 bilion berbanding RM2.47 bilion sebelumnya.

Peningkatan itu disebabkan jumlah jualan yang lebih tinggi daripada operasi domestik jenama Mazdanya, terutamanya model Mazda CX-30 CKD, yang terus mencatatkan jumlah jualan tinggi sejak dilancarkan pada Mac 2023.

Dalam satu kenyataan berasingan, kumpulan itu berkata lembaga mengumumkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 4.25 sen sesaham bagi tahun kewangan 2024 yang perlu dibayar pada 3 Mei, 2024.

Jumlah dividen yang diisytiharkan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Jan, 2024 berjumlah 14.25 sen sesaham.

Menurut syarikat itu, ia menjangkakan jumlah keseluruhan industri bagi tahun ini menyusut 59,731 unit atau 7.5 peratus kepada 740,000 unit disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu susulan konflik dan ketegangan di Timur Tengah dan Eropah Timur, serta perbelanjaan pengguna tempatan berikutan kebimbangan terhadap pengenalan beberapa cukai baharu.

Sektor automotif dijangka terus mencatat pertumbuhan, walaupun pada kadar yang lebih perlahan disebabkan oleh tekanan inflasi, konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah, yang akan menjejaskan keseluruhan ekonomi tempatan, katanya.

Pelancaran model yang dinaik taraf baharu dan/atau baharu pula bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi.

“Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangkakan, lembaga pengarah menjangkakan prestasi kumpulan itu kekal positif untuk tahun kewangan 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bermaz AutoBursa Malaysiakeuntungan bersihsuku ketiga tahun kewangan 2024susut
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In