• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.51 mata kepada 1,543.05 daripada 1,554.56 pada Selasa.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 11.05 mata kepada 1,543.51.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 292 manakala 395 kaunter tidak berubah, 1,334 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 986.11 juta unit bernilai RM341.46 juta.

Menurut Malacca Securities, dengan peningkatan semula yang positif di Wall Street semalaman, minat belian dijangka meluas ke pasaran tempatan hari ini.

“FBM KLCI ditutup lebih positif melebihi paras 1,550 (pada Selasa) selepas kenaikan selama empat hari berturut-turut dengan bantuan saham wajaran tinggi utiliti seperti Tenaga Nasional.

“Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih positif dengan S&P 500 mencapai rekod tertinggi walaupun data Indeks Harga Pengguna (IHP) teras melebihi jangkaan.

“Bagaimanapun, pasaran mungkin menjangka bulan Jun untuk Rizab Persekutuan mengurangkan kadar faedah,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat 2.0 sen kepada RM9.54 dan RM4.23, CIMB naik 4.0 sen kepada RM6.76 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.48 dan Petronas Chemicals merosot 4.0 sen kepada RM6.88.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Classita, masing-masing naik setengah sen kepada 2.0 sen dan 5.0 sen, Pan Malaysia menambah 4.5 sen kepada 27 sen dan Microlink meningkat 4.0 sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 57.36 mata kepada 11,454.08, Indeks FBMT 100 berkurangan 60.95 mata kepada 11,120.74, Indeks FBM ACE naik 3.68 mata kepada 4,725.69, Indeks FBM Emas Shariah susut 21.56 mata kepada 11,509.83 dan Indeks FBM 70 meningkat 5.78 mata kepada 15,488.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 193.22 mata kepada 17,249.80, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.28 mata kepada 175.71, Indeks Tenaga naik 2.74 mata kepada 899.78 dan Indeks Perladangan merosot 31.09 mata kepada 7,325.51. 

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In