• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Nestle Malaysia Mula Operasi Loji Janakuasa Biojisim Baharu Di Rembau Bernilai RM18 Juta

in Catalyst
A A
Nestle Malaysia Mula Operasi Loji Janakuasa Biojisim Baharu Di Rembau Bernilai RM18 Juta

Gambar: Harian Metro | AZRUL EDHAM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

REMBAU, 8 Mac (Bernama) — Nestle Malaysia (Bhd) mengorak langkah ke hadapan dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai kelestarian alam sekitar dengan loji janakuasa biojisim baharu yang mula beroperasi akhir tahun lepas di kilangnya di Chembong di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Juan Aranols berkata Nestle telah bekerjasama dengan rakan teknologi ENCO Systems Sdn Bhd untuk membangunkan dan memasang loji serba lengkap itu yang keseluruhannya bernilai RM18 juta.

Beliau berkata loji yang menggunakan tandan buah kosong (EFB) sawit dan tempurung isirung sawit sebagai sumber tenaga boleh baharu itu menggantikan bahan api fosil untuk menjana stim yang digunakan untuk proses pemanasan dalam operasi pengeluaran.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pendekatan ini adalah sebahagian daripada kitaran karbon semula jadi dan tidak menghasilkan pengeluaran karbon jangka panjang, menjadikannya neutral karbon. 

“Usaha inovatif ini seterusnya dapat mengurangkan pengeluaran karbon dioksida bersih dengan ketara berbanding bahan api fosil dan turut membantu mengurangkan gas rumah hijau. 

“Ini sekali gus mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kilang iaitu sejumlah 14,000 tan setara setahun bersamaan pelepasan karbon hampir 3,000 kereta setahun. Ia juga secara langsung mengurangkan pencemaran, bahan buangan ke kambusan tanah dan melindungi sumber semula jadi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran loji janakuasa itu di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Aminuddin berkata kewujudan industri yang menggunakan teknologi hijau di Negeri Sembilan mencerminkan usaha kolektif ke arah kemampanan dan inovasi sekali gus mampu menjadikan negeri ini pusat perindustrian lestari.

Beliau berkata sekiranya lebih banyak industri bertukar kepada penggunaan teknologi tenaga hijau seperti yang dilakukan Nestle, maka kewujudan kawasan industri selepas ini tidak akan menjadi beban kepada alam sekitar pada masa akan datang. 

“Kerajaan Negeri Sembilan juga sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan memastikan segala perubahan dan perkembangan dalam sektor industri perlu dikenal pasti bagi menentukan dasar yang terbaik untuk manfaat rakyat negeri ini,” katanya.

Aminuddin berkata kerajaan negeri akan memastikan segala polisi dan dasar pada masa hadapan selari dengan kesan kelestarian alam sekitar sekiranya loji yang dibangunkan Nestle itu terbukti dapat memberikan impak yang baik kepada alam sekitar.

— BERNAMA

Tags: Chembongloji janakuasa biojisimNestle Malaysiapelepasan karbon
Share267ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In