• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

PROLINTAS Sasar Jana RM445.3 Juta Daripada Penyenaraian IPO Pasaran Utama Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
Prolintas Infra Business Trust Sasar Lancar IPO Pada Suku Pertama 2024
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menyasarkan untuk mengumpul RM445.3 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) amanah perniagaan lebuh raya, Prolintas Infra Business Trust (Prolintas Infra BT).

Prolintas Infra BT dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 25 Mac 2024 akan menjadi amanah perniagaan lebuh raya pertama Malaysia yang akan disenaraikan.

Menurut Prolintas pelaksanaan IPO itu merangkumi penyenaraian melalui struktur amanah perniagaan bagi empat lebuh raya utamanya yang matang iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam dan Lebuhraya Penyuraian Kajang.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

IPO Prolintas Infra BT melibatkan tawaran untuk dijual oleh Prolintas sebanyak 539 juta unit sedia ada dalam Prolintas Infra BT (dengan andaian pilihan lebihan peruntukan dilaksanakan sepenuhnya), mewakili 49 peratus daripada jumlah unit yang dikeluarkan pada 95 sen setiap satu.

“Memandangkan Prolintas Infra BT tidak akan menerbitkan sebarang unit baharu untuk IPO, amanah itu tidak akan menerima sebarang hasil daripada IPO itu,” katanya dalam satu kenyataan sempena pelancaran prospektus hari ini.

Jumlah hasil kasar daripada tawaran untuk jualan berdasarkan harga institusi sehingga kira-kira RM445.3 juta akan terakru sepenuhnya kepada pemegang unit jualan, Prolintas.

Tempoh permohonan IPO Prolintas Infra BT bermula hari ini dan akan ditutup pukul 5 petang, pada 12 Mac 2024.

Mengenai penawaran institusi sehingga 422.95 juta saham, Prolintas berkata sebanyak 285.45 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur institusi dan terpilih tidak termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Sehingga 137.50 juta unit diperuntukkan untuk pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI manakala baki tawaran sehingga 45.75 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui undian, diikuti oleh 18.25 juta saham yang dikhaskan untuk permohonan oleh orang yang layak,” khasnya.

Permodalan pasaran amanah itu berpotensi mencecah RM1.05 bilion selepas penyenaraian.

Menurut prospektus terdapat lapan pelabur asas yang terlibat iaitu Permodalan Nasional Bhd (PNB), AHAM Asset Management Bhd, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd, Lembaga Tabung Haji, Maybank Asset Management Sdn Bhd, Maybank Islamic Asset Management Sdn Bhd, Kenanga Investors Berhad dan Kenanga Islamic Investors Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Pengurus Pemegang Amanah Prolintas Managers Sdn Bhd, Datuk Ikmal Hijaz Hashim berkata latihan itu bertujuan untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan Prolintas, dan meletakkan syarikat itu untuk memulakan inisiatif infrastruktur strategik masa depan.

“Pada masa sama, ia memberi peluang menarik kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam trajektori pertumbuhan berterusan Prolintas,” katanya pada majlis pelancaran prospektus itu.

AmInvestment Bank Bhd adalah penasihat utama bagi IPO serta penaja jamin bersama dan penaja jamin dengan CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd.

Selain itu, RHB Investment Bank Bhd juga merupakan penaja jamin bersama.

— BERNAMA

Tags: IPOProlintasProlintas Infra BT
Share268ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In