• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif apabila mencatat peningkatan, seiring prestasi semalaman Wall Street ketika sentimen terus pulih susulan ulasan bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengenai penurun kadar faedahnya.

Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.19 mata kepada 1,531.70.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 184 berbanding 137 manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 29 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 196.73 juta unit bernilai RM90.34 juta.

Dalam pada itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell menerusi keterangannya di Kongres selama dua hari bermula semalam, dilaporkan berkata bahawa kadar faedah akan dikurangkan tahun ini walaupun kos pinjaman kekal tinggi di masa depan. 

Susulan itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat bahawa bursa tempatan akan mengalami peningkatan, didorong oleh petunjuk berdasarkan prestasi lebih baik di AS.

“Justeru, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,530-1,540.

“Selain itu, harga minyak sawit mentah diniagakan melebihi paras RM4,000 satu tan yang mungkin menjadi tarikan minat berterusan terhadap sektor perladangan,” katanya kepada Bernama.

Perkembangan itu berlaku ketika Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dijadual membuat pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) lewat petang ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM9.66; CIMB untung tiga sen kepada RM6.54; Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok empat sen kepada RM4.34 dan RM7.0 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.16.

Bagi saham aktif, MMAG Holdings meraih 1.5 sen kepada 12 sen; Velesto Energy naik setengah sen kepada 27.5 sen; Thriven Global meningkat 2.5 sen kepada 13 sen; TWL Holdings tidak berubah pada 3.5 sen dan Land and General sebaliknya susut setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas mengukuh 31.72 mata pada 11,392.45; Indeks FBMT 100 naik 32.73 mata kepada 11,059.18; Indeks FBM Emas Shariah meraih  22.32 mata kepada 11,388.24 dan Indeks FBM 70 menokok 23.89 mata kepada 15,335.49 dan Indeks FBM ACE Index turun 3.78 mata kepada 4,677.66.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 60.01 mata kepada 17,291.83; Indeks Perladangan menambah 26.31 mata kepada 7,246.35, Indeks Tenaga naik 1.75 mata kepada 897.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.20 mata kepada 174.61. 

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIsesi awalThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In