• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Pasaran Ekuiti Malaysia Dalam Keadaan Terbaik Untuk Catat Peningkatan Berterusan – Penganalis

in Saham
A A
Pasaran Ekuiti Malaysia Dalam Keadaan Terbaik Untuk Catat Peningkatan Berterusan – Penganalis
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PETALING JAYA, 27 Feb (Bernama) — Pasaran ekuiti tempatan berada dalam keadaan terbaik untuk mencatatkan peningkatan berterusan disokong oleh perkembangan luaran yang bertambah baik, jangkaan lantunan semula ekonomi China dan ditambah dengan penilaian saham dan ringgit pada harga rendah ketika ini, kat Pengarah Urusan Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd Tan Teng Boo.

Beliau menjangkakan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  akan menggandakan paras semasanya pada ketika ini  kepada antara 2,500 and 3,000 dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Tan berkata walaupun pemulihan China agak tidak menentu, ekonomi negara itu kekal utuh pada 2023 dan ini dicerminkan menerusi angka keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) yang meningkat dengan ketera berbanding kebanyakan negara maju lain. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Pemulihan di China akan mewujudkan kesan limpahan yang besar kepada ekonomi negara lain, terutamanya dari segi perdagangan kerana republik itu merupakan rakan dagangan terpenting bagi 120 negara di seluruh dunia.

“Saya percaya bahawa ekonomi China masih yang paling utuh di dunia. Ekonomi negara itu akan kembali pulih dengan kukuh pada 2024 dan seterusnya. 

“Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya. Ketibaan pelancong dari China masih belum mencapai tahap seperti sebelum pandemik…kita masih belum lagi melihat sepenuhnya (impak pemulihan dari China),” katanya pada taklimat media mengenai pasaran saham yang bertajuk  “Is investing in Malaysia Still Attractive Now?” di sini, hari ini.

Tan juga menepis stigma bahawa sektor hartanah China berada dalam krisis kerana pada dasarnya kerajaan negara itu telah melakukan pembaharuan terhadap sektor tersebut.

Ini disokong oleh pertambahan pesat bilangan pemaju hartanah China yang disokong oleh peningkatan jumlah firma dibiayai dalam negeri, firma dengan dana yang berasal dari Hong Kong, Taiwan dan Macau, serta firma dibiayai asing.

Beliau berkata ekonomi China akan meningkat apabila keyakinan pengguna pulih, yang mana trend itu dijangka bermula tahun ini dan seterusnya.

“Pengguna China mempunyai banyak simpanan (dan) mereka tidak berbelanja

“Oleh itu, apabila keyakinan mereka kembali, maka mereka akan mula berbelanja, iaitu dalam trilion dolar,” jelasnya.

Tan berkata, industri elektrik dan elektronik, pelancongan dan sektor eksport akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada pemulihan di China, yang juga akan membantu mengimbangi kesan kegawatan yang disebabkan oleh kemelesetan yang dijangkakan di Amerika Syarikat (AS).

Beliau percaya kemelesetan itu akan mempengaruhi Rizab Persekutuan AS untuk mengurangkan kadar faedah utamanya bagi menyokong ekonomi, yang secara tidak langsung membantu meningkatkan mata wang dalam pasaran sedang pesat membangun, termasuk Malaysia.

— BERNAMA

Tags: Capital DynamicsChinaFBM KLCIKDNKTan Teng Boo
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In