• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih FGV Turun Kepada RM103 Juta Bagi Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Felda Beli 467,300 Lagi Saham FGV Daripada Pasaran Terbuka

Sumber : Malay Mail

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 susut kepada RM103 juta berbanding RM1.33 bilion pada tahun kewangan 2022 disebabkan kemerosotan dalam keuntungan perladangan.

Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta, disebabkan oleh purata harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah serta kenaikan 29 peratus dalam kos pengeluaran kilang MSM.

Jumlah hasil juga berkurangan kepada RM19.36 bilion berbanding RM25.56 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

FGV mengisytiharkan dividen akhir tiga sen sesaham berbanding 11 sen setahun sebelumnya, ia adalah satu-satunya dividen yang diisytiharkan untuk tahun ini manakala jumlah dividen untuk tahun kewangan 2022 ialah 15 sen.

Syarikat itu berkata purata harga MSM merosot kepada RM3,901 setan metrik daripada RM4,832 pada tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, ia telah diimbangi sebahagiannya oleh peningkatan dalam sektor logistik dan lain-lain serta pengurangan kerugian dalam segmen gula, katanya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023, keuntungan bersih menyusut 79 peratus kepada RM71.82 juta daripada RM344.29 juta, sebahagiannya dikurangkan oleh prestasi yang bertambah baik dalam sektor logistik dan lain-lain serta peningkatan dalam perniagaan gula pada suku berkenaan.

Hasil turun 12 peratus kepada RM5.36 bilion berbanding RM6.10 bilion.

Mengenai prospek, syarikat itu berkata bekalan minyak sawit global untuk pasaran eksport dijangka terjejas oleh pelaksanaan mandat biodiesel B35 di Indonesia, permintaan rendah daripada negara pengimport utama dan persaingan harga daripada minyak biji sesawi dan bunga matahari.

Ia dijangka mempengaruhi harga MSM yang dijangka antara RM3,900 dan RM4,200 setiap tan metrik.

Sementara itu, FGV Holdings berkata sektor gulanya sentiasa mencari peluang untuk menambah baik penawaran produk sambil melibatkan diri dengan kerajaan untuk memuktamadkan mekanisme penetapan harga yang mampan bagi segmen runcit domestik bagi memastikan keselamatan makanan.

Pelancaran gula putih premium baharu dalam pasaran juga dijangka menyumbang dengan ketara kepada syarikat itu, katanya.

Bagi sektor logistik, FGV berkata ia akan terus meneroka peluang pengembangan pasaran dengan mengembangkan kapasiti pukalnya dan menguruskan volum produk bernilai tinggi termasuk produk premium dan tenaga boleh diperbaharui.

— BERNAMA

Tags: FGV Holdingsgulaminyak sawit
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In