• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Dayang Enterprise Lonjak 81 Peratus Kepada RM218.92 Juta

in Catalyst
A A
Unit Dayang Enterprise Dapat Kontrak Lanjutan Petronas Carigali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Dayang Enterprise Holdings Bhd melonjak 81 peratus kepada RM218.92 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) daripada RM121.20 juta yang dicatatkan semasa TK2022.

Perolehan yang lebih baik ini dicapai berikutan pengurangan caj susut nilai yang timbul daripada semakan jangka hayat Kapal Tunda Pembekalan Kendalian Sauh (AHTS), kata kumpulan perkhidmatan minyak dan gas huluan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pendapatan meningkat 13 peratus kepada RM1.11 bilion berbanding RM984.18 juta sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pendapatan dicatatkan lebih tinggi pada tahun semasa, walaupun kadar penggunaan kapal agak rendah sebanyak 58 peratus daripada 60 peratus yang dicapai pada tahun yang sama.

“Ini disebabkan oleh kenaikan dalam kadar sewa harian (DCR) dengan margin yang lebih baik daripada penyewaan kapal, peningkatan dalam penyewaan kapal pihak ketiga selain tempahan/pemberian kontrak yang lebih banyak daripada gergasi minyak pada tahun kewangan,” kata Dayang Enterprise.

Bagi suku keempat (S4) berakhir 31 Dis 2023, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih RM93.79 juta berbanding RM12.52 juta, manakala hasil melonjak 58 peratus kepada RM351.07 juta daripada RM222.29 juta sebelum ini.

Kumpulan itu juga mengisytiharkan dividen satu peringkat sebanyak 1.5 sen sesaham, dibayar pada 20 Disember.

Kenaikan perolehan yang dicapai pada S4 disebabkan kejayaan kumpulan menyelesaikan beberapa pesanan kerja tertunggak di bawah kontrak penyelenggaraan pelantar minyak, walaupun semasa di musim tengkujuh.

“DCR kapal yang bertambah baik dan peningkatan dalam penyewaan kapal pihak ketiga juga menyumbang kepada hasil yang lebih tinggi,” kata Dayang Enterprise.

Pada S4, kumpulan itu menumpukan pada perancangan termasuk strategi untuk kerja-kerja 2024 yang akan datang iaitu penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian, sambungan, pentauliahan dan projek Penemuan Integriti Aset yang baru diterima.

Kumpulan kapal perkhidmatan luar pesisir juga sedang menjalani penyelenggaraan rutin dan pembaharuan kelulusan sebagai persediaan untuk 2024.

Sehingga Disember 2023, anggaran kontrak pengeluaran tertunggak syarikat adalah berjumlah kira-kira RM1.9 bilion.

“Melangkah ke hadapan, kami akan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti tender baharu sementara menunggu keputusan tender yang telah dikemukakan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Dayang EnterpriseKeputusanuntung
Share393ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In